Jom Klik

FEED EFG

CEN | Cendol Pulut Jeniang

Assalammualaikum w.b.t

CEN | Cendol Pulut Jeniang | Pernah tak korang dengar nama lokasi Jeniang? Mungkin ada yang tak tahu kan dimana lokasi Jeniang. Ianyta terletak di utara Malaysia, lebih tepatnya di Kedah Darul Aman. Jeniang terletak di daerah antara Sik dan Gurun, Kedah. Mrsyanie bukan nak cerita pasal sejarah Jeniang tetapi Mrsyanie nak kongsikan dengan korang ada satu restoran yang terkenal dengan Cendol Pulut nya yang berada di tanah Jeniang.

CEN | Cendol Pulut Jeniang


Cendol Pulut Jeniang atau terkenal dengan nama CEN teah menaikkan nama Jeniang dikalangan peminat cendol terutama cendol pulut. Tengok depan kedai jew pun menarik dengan susunan tin-tin yang berwarna-warna. Masih ingat Mrsyanie ke Gurun untuk bercuti, adik ipar yang bawa untuk mencuba Cendol Pulut Jeniang tetapi sewaktu kali pertama Mrsyanie datang waktu petang memang penuh tak ada tempat duduk. Jadi kami batalkan niat untuk merasai Cendol Pulut Jeniang. 

Mrsyanie nak jugak pergi, akhirnya hari terakhir di Gurun sempat juga Mrsyanie bersama keluarga singgah untuk menikmati CEN | Cendol Pulut Jeniang. Alhamdulillah masih awal jadi tak ramai, kami datang jam 12.00 tengahari. 


kedah, lokasi makan sedap

Memang terbaik cendol disini, rasa nya memang sedap dan lemak manis. Terliur lak rasa bila teringat akan kesedapannya. Disini bukan sahaja ada cendol tetapi terdapat pelbagai menu lain. Antaranya ABC, laicikang, dan minuman yang lain. Laicikang nya pun terbaik penuh dengan bahan-bahan sebagai rencah dalam Laicikang. 

 Cendol Pulut

 Cendol Pulut Jeniang


 Cendol Pulut

 Cendol Pulut Jeniang



ABC CEN Jeniang

ABC CEN Jeniang


Laicikang CEN Jeniang

Bukan sahaja Cendol dan air tetapi disini juga terdapat jualan makanan seperti Nasi Ayam, Laksa, Mee Sup dan sebagainya. Kalau korang nak tahu Nasi Berlauk juga ada dijual disini. Korang boleh datang untuk makan tengahari tau.

Nasi Ayam CEN

Nasi Ayam CEN


Laksa CEN Jeniang

Laksa CEN Jeniang


Pelbagai jenis Noodle

Nasi berlauk dengan pelbagai jenis lauk masakan utara.
Alhamdulillah makanan disini pun sedap dan mengikut citarasa Utara. Nasi Ayam memang terbaik sedap dan lazat. Korang bolah datang untuk rasai sendiri disini dan sesuai untuk makan bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Datang Gurun atau Sik wajib kesini untuk merasai Cendol Pulut Jeniang.



CEN | Cendol Pulut Jeniang


Alamat: Kampong Jeniang, Kedah, 
              Malaysia, 08700

Facebook: CEN | Cendol Pulut Jeniang 

Waktu operasi: Isnin-Khamis: 11:00 am - 7:30 pm 
                       Sabtu-Ahad: 11:00 am - 7:30 pm




Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

6 comments:

FANPAGE

back off