Ho Chi Minh City | Vietnam | Day 2 | Buah-buahan Tempatan

Assalammualaikum w.b.t

Ho Chi Minh City | Vietnam | Day 2 |  Buah-buahan Tempatan | Tak habis lagi entry Mrsyanie tahu travel ke Vietnam. Banyak yang Mrsyanie nak ceritakan, moga setiap info yang diberikan sedikit sebanyak membantu korang yang nak travel ke Vietnam nanti. Selepas dah layan rasa madu, ehh madu lebah tau bukan madu lain hihi, kami teruskan untuk aktiviti seterusnya.

Vietnam, Buah-buahan Tempatan

Hasil Seni Tempatan | Vietnam 



Aktiviti seterusnya di Sungai Mekong adalah makan  Buah-buahan Tempatan sambil layan nyanyian dari orang tempatan Vietnam. Sebelum kami ke resoran buah-buahan sempat jugak Msryanie dan group melihat jualan orang tempatan disini. Kebanyakkan jualan adalah hasil seni dan buatan tangan. Ada jugak benda-benda pelik yang msrayanie pertama kali tengok. Jom layan..

Vietnam, Buah-buahan Tempatan

Vietnam, Buah-buahan Tempatan

Sungai Mekong,  Vietnam,Buah-buahan Tempatan
siap bahasa Melayu pun ada tau

Ha gambar dibawah ini lah pada mulanya Mrsyanie ingatkan minyak jampi apa lah siap ada binatang berbisa. Sekali baca dilabel tulisnya arak, tapi entahlah ada ke yang nak minum arak gtu hahaha.. Seram pulak tengok lelama tau. Jualan disini agak murah juga terutama beg-beg yang dihasilkan dari hasil tangan. Tapi Mrsyanie bukan pengemar beg galas, tak ada lah beli hihi Dah balik baru rasa rugi tak beli sebagai kenangan kan hihi..

Sungai mekong ,Vietnam , Buah-buahan Tempatan

Menikmati Buah-buahan Tempatan Vietnam


Seterunya kami dibawa ke restoran buah-buahan. Pada mulanya Mrsyanie ingat diorang nak hidangan buah durian, giler durian ni, teringin gak nak rasa durian Vietnam tapi punah harapan huhu.. Tak apalah layan makan buah-buahan yang lain. Antara yang dihidangkan adalah Tembikai, Ciku, buah Mata Kucing, Nenas dan Betik. Disertakan dengan pencicah garam dan sedikit asam, minuman pula teh hijau yang tak sedap hihi..

sungai mekong,  Vietnam , Buah-buahan Tempatan

sungai mekong, Vietnam , Buah-buahan Tempatan

sungai mekong,  Vietnam , Buah-buahan Tempatan

Sambil layan makan buah-buahan, kami dipersembahkan dengan nyanyian dari rakyat Tempatan Vietnam. Mula lagu Vietnam, satu apa tak paham, pastu diorang nyanyi lak lagu bahasa Melayu. hihih cecomel jew..

sungai mekong, Vietnam , Buah-buahan Tempat




sungai mekong , Vietnam, Buah-buahan Tempatan
Team lelaki teruja kot nak bergambar bersama penyanyi Vietnam hihi
sungai mekong,  Vietnam, Buah-buahan Tempatan

Mrsyanie pun nak jugak lah kan bergambar dengan antara penyanyi muda Vietnam hihi.. Diorang tak faham pun cakap bahasa Melayu tetapi diorang dapat menghafal lagu-lagu dalam bahasa Melayu. Mudah belajar bahasa Melayu kita, tapi masih ada yang tidak bangga untuk bercakap dalam bahasa Melayu kan. ehh lagi tajuk kejap..hihi Apa-apa pun walaupun kejap je diorang nyanyi tapi enjoy dan seronok dapat emrasai suasana disana. Jauh beza kemajuan kita dengan sana. Alhamdulillah kerana dilahirkan sebagai rakyat Malaysia. !!


Boleh jugak klik entry dibawah:



Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

Labels: , , , ,