Jom Klik

FEED EFG

Ho Chi Minh City | Vietnam | Day 2 | Pulau Candy

Assalammualaikum w.b.t

Ho Chi Minh City | Vietnam | Day 2 | Pulau Candy| Pada hari kedua pula, kami telah bersetuju  untuk pergi melawat kawasan yang menjadi sebutan pelancong yang hadir iaitu Sungai Mekong. Kami bergerak dari hotel jam 8 pagi waktu Vietnam dan terus dibawah sarapan pagi. Menu wajib sarapan pagi kami adalah Mee Sup Daging. Nak tau cam ne rupa Mee Sup Daging rujuk SINI.

Sungai Mekong



Perjalanan dari bandar HCM ke Sungai Mekong hampir 1-2 jam bergantung kepada cara pemanduan dan kesesakan jalan raya. Sepanjang perjalanan kami, dapat Mrsyanie menikmati pemandangan sawah padi di Vietnam. Kebanyakkan setiap lot tanah terdapat tugu peringat ahli keluarga yang telah pergi (meninggal). Ianya melambangkan bahawa tanah tidak boleh dijual kerana ia adalah pusaka.


Mekong Delta


Kami terus dibawa ke Jeti My Tho, Sungai Mekong tour guide kami terus dapatkan tiket boat untuk ke Pulau yang menjadi pusat tumpuan pelancong. Cuaca tenghari sangat panas jadi sempatlah Mrsyanie shopping topi unik Vietnam hihi


Paling menariknya, satu boat ni hanya team kami sahaja. hihi tak campur dan tak yah nak berebut pilih tempat duduk kan. Boleh satu kerusi duduk seorang tau hihi..Sepanjang satu hari lawatan ini kami akan dibawa ke empat buah pulau yang dikenali sebagai Phoenix, Dragon, Turtoise dan Unicorn Islands. Perjalanan dari jeti ke palau pertama makan masa 35-50 minit.  



Angin sungai yang bersepoi dengan pemandangan cantik sepanjang perjalanan kami.Pulau pertama ini Mrsyanie namakan Pulau Candy. Kenapa pulau Candy.?? Pulau Candy adalah lokasi tumpuan pembuatan gula-gula yang berasaskan Kelapa. Cara pembuatan adalah secara semulajadi dengan cara pembakaran kayu api dan sabut kelapa. Pembuatan masih menggunakan tenaga manusia dalam segi pembentukan dan pembungkusan candy.







Semua candy berasakan kelapa dan ianya dibezakan dengan perisa yang berbeza. Terdapat periasa Panda, Durian, dan sebagainya. Harga pula 6 paket berharga RM30 dan korang boleh campur setiap perisa yang ada. Memang sedap makan panas-panas candy ni. Tapi bila dah sejuk agak keras + liat tetapi masih sedap.

Kemudian kami dibawa ke kedai hasil seni yang terletak bersebelahan sahaja. Ianya menghasilkan reka bentuk pelbagai hiasan yang dibuat berasakan tempurung kelapa yang terbuang. Mrsyanie tak beli pun sebab bajet kena hadkan untuk shopping lain pula.




Kemudian kami dibawa pula ke Pulau yang menghasilkan madu dan boleh lihat sendiri ternakan madu (madu bela). Tapi Mrsyanie akan ceritakan dalam entry seterusnya ye.  Nantikan ye sambung tapi sebelum tu korang boleh baca entry Vietnam bagi part 1 hingga 5 ye. 


Boleh jugak klik entry dibawah:



Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

4 comments:

  1. Replies
    1. alhamdulillah.. best dpt lihat negara orang..

      Delete
  2. Replies
    1. Tambang tak mahal sgt kalu ke HCM.. Usha AirAsia.. Yanie pun ngah tgu sale tiket ni nak terjah lokasi lain lak hihih

      Delete

FANPAGE

back off