Overstepped Cafe Sungai Petani

Assalammualaikum w.b.t


Overstepped Cafe Sungai Petani | Minggu ni kebanyakkan entry food hunter cafe yang berlokasi di utara. Kali ini Mrsyanie nak kongsikan dengan korang pengalaman Mrsyanie merasai masakan di cafe Overstepped. Ini merupakan cafe hipster yang terletak di utara dan menjadi pilihan ramai.

cafe hipster kedah

Overstepped Cafe Sungai Petani



Overstepped Cafe terletak di selatan Sungai Petani, Kedah. Mudah sangat nak datang kesini, korang boleh waze sahaja nama cafe. Cafe ini terletak di tingkat 1, pastikan korang tengok atas kedai tau. Kang tak perasan pulak Overstepped Cafe sebab terletak di tingkat 1 deretan kedai. Mrsyanie terlepas jugak lah cafe ni, tak perasan kat atas hihi..

Mula nak naik cafe dah teruja tengok setiap perhiasan dan susunan atur perabot di cafe. Lebih kepada deko barang-barang hiasan dari kejuteraan pembinaan. Dan masuk sahaja cafe, ucapan selamat datang diucapkan oleh pelayan cafe. Sangat mesra dan rasa dialu-alukan kedatangan pelanggan.

cafe hipster

cafe hipster kedah

kedah, cafe hipster kedah

Sebelum datang adik Mrsyanie dah siap-siap call cafe untuk tempahan. Jadi sampai sahaja diorang dah sediakan meja untuk tempahan kami. Ramai jugak pelanggan yang hadir waktu tu. Jadi kami digalakkan untuk order makanan cepat untuk tidak menunggu lama nanti. Bagus sangat pelayan disini, sangat mesra dan korang leh tanya apa menu yang menjadi pilihan ramai. Jangan segan untuk bertanya tau hihi..





Sebelum menu sampai, apa lagi kita bergambar lah dulu. Terima kasih Mrlaling setia menemani disisi Mrsyanie tau. hihi Penat memandu ni, petang terus bawa gi makan pulak. hihi



Jom kita tengok menu yang Mrsyanie dan adik-beradik order. Nyum nyum tak sabar pulak nak mencuba, katanya acfe ni antara yang femes di utara.


















Makanan masing-msing dah sampai, apa lagi kasi satu gambar dulu. Sebelum semua comel jew, selepas makan habis meja tu hihi. Overstepped Cafe sangat sesuai untuk korang makan bersama keluarga atau dengan kawan-kawan. Buat  sambutan hari jadi pun seronok, sebab korang boleh plan dengan pelayan distu. Mana tahu leh nyanyi beramai-ramai kan.



Menarik disini diorang ada menyediakan kawasan khas yang bertutup untuk para perokok tau. Jadi selamat untuk kita dari asap rokok. Kawasan nya pun sangat cantik dan kawasan terbuka.




Mungkin ada yang tertanyakan adakah cafe ini halal? Yup Overstepped Cafe mempunyai sijil halal tau dan dipamerkan sebelum naik ke cafe. Jadi tak perlu ragu, insya-Allah. 


Keseluruhan makanan dan minuman di Overstepped Cafe Sungai Petani sangat puas hati dan berbaloi dengan harga. Sedap dan kenyang perut hihi.. Mrsyanie syorkan korang yang singgah Sungai Petani datang singgah disini.  Antara cafe hipster yang menarik setiap perhiasannya dan paling penting makanan disini sedap bagi tekak Mrsyanie dan adik beradik.


Untuk maklumat lanjut:


Overstepped Cafe Sungai Petani


Alamat: 98, Tingkat 1, Sungai Petani 08000, Malaysia
             (waze: Overstepped Cafe Sungai Petani)

No. Telefon: 044 300 187

Nota ringkas: Paling mudah untuk ke cafe ini, kalau korang luar dari Sungai Petani, ikut jalana highway  masuk Sungai Petani Selatan. Lepas lampu isyarat tol ambil ke kiri. 




Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

Labels: , , ,