Jom Klik

FEED EFG

Santai di Big Galley's Cafe

Assalammualaikum w.b.t

Santai di Big Galley's Cafe | Big Galley's Cafe satu lokasi cafe hipster yang terletak di Jalan Putra, Mergong, Alor Setar Kedah. Tak sah kalu berjalan tak singgah cafe untuk 'food hunter', jadinya minggu ini Mrsyanie terjah pula ke cafe-cafe menarik di utara Malaysia. Mana lagi kalau bukan Kedah, negeri jelapang padi.

cafe, Alor Setar Kedah

Big Galley's Cafe


Big Galley's Cafe terletak betul dihadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman, Kedah (Sekolah Star). Cafe ini disyorkan oleh kawan Mrsyanie, Fuzah. Kawan dari sekolah menengah lagi, sakan kami borak dan terima kasih Fuzah hangout bersama.

Mudah je nak ke cafe ni, korang boleh waze sahaja nama cafe ini. Big Galley's Cafe sangat sesuai untuk bersantai bersama kawan-kawan atau keluarga. Lagi satu yang Mrsyanie suka adalah deko dalaman cafe, memang cantik dan rilex jew rasa.

cafe, Alor Setar Kedah

cafe , Alor Setar Kedah

cafe , Alor Setar Kedah
sumber gambar: Syima Yusuf
Menu disini lebih kepada masakan barat dan juga masakan Malaysia. Kiranya korang boleh bawa keluarga makan disini dengan pelbagai pilihan menu. Nasi goreng ada, Chicken Chop pun ada, malah noodle jugak ada disediakan disini. Tapi Mrsyanie kali ini tak makan tetapi hanya minum sahaja. 

cafe, Alor Setar Kedah

Antara pilihan air yang diorder adalah Hulk (milo tabur) dan Iron Man ( Blackcurrant + soda + creams). Mrsyanie pula order  Big Galley's Blackcurrant ianya adalah campuran perisa Bleckcurrant dengan soda.

Pilihan air pula yang disediakan disini agak simple. Cuma satu (1) sahaja kekurangan dari segi paparan/ 'display' menunya, nama air yang diletak menarik seperti Thor, Captain Amerika, Hulk dan Iron Man. Tetapi tidak diletak detail, sekurangnya letak dalam kurungan (...) jenis airnya. Sebab mana nak tahu kan IronMan tu air jenis apa.hihi.. Nasib baik ada 4 jenis air yang tak tahu air apa, kena lah tanya pelayan disitu. 

cafe , Alor Setar Kedah

Alor Setar Kedah


Waktu operasi:

  • Isnin- Khamis: 12:00 pm - 12:00 am 
  • Jumaat : 4:30 pm - 12:00 am 
  • Sabtu- Ahad: 12:00 pm - 12:00 am


Untuk maklumat lanjut:

Big Galley's Cafe

Alamat: Jalan Putra, Alor Setar, Kedah, Malaysia
             (Hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman)

No Telefon: 018 9742495
Email: biggalleyscafe@gmail.com

Facebook: Big Galley's Cafe
Instagram: Big Galley's Cafe 

Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

2 comments:

  1. nape xpernah nampak pun tempat ni...kena survey lg la ni

    jemput singgah di Blog kita tau, kita ada buat GA...
    jangan lupe join, support & tolong sebarkan (^_^)

    ReplyDelete
  2. JJCM sini seronoknye makan-makan...

    ReplyDelete

FANPAGE

back off