Water Park LEGOLAND® Malaysia | Part 1

Assalammualaikum w.b.t


Water Park LEGOLAND® Malaysia | Water Park LEGOLAND® Malaysia merupakan taman tema air yang pertama di Malaysia yang menekankan konsep LEGO. Memang sangat seronok dapat menjadi salah seorang pengunjung Water Park LEGOLAND® Malaysia. Tercapai target Mrsyanie nak ke  LEGOLAND® Malaysia yeahh!!!. Siapa yang tak pernah ke Water Park LEGOLAND® Malaysia memang wajib korang terjah tau.

Water Park LEGOLAND® Malaysia


Mrsyanie dah pernah ke taman tema iar yang lain, kali ini Mrsyanie berpeluang untuk merasai sendiri keseronokkan bermain di Taman Tema Air  LEGOLAND® Malaysia. Walaupun hanya hampir 3 jam sahaja berada di taman tema air tetapi memang sangat enjoy tambahan pula bersama-sama rakan-rakan blogger yang lain. Tak sabar nak bawa Mrlaling pulak ke  LEGOLAND® Malaysia ni. 

Taman Air LEGOLAND® Malaysia telah secara rasmi dilancarkan pada 21 Oktober 2013. Taman Tema Air LEGOLAND® Malaysia mempunyai lebih 20 permainan yang berasaskan air yang unik dan mempunyai lebiih 70 jenis model LEGO terdapat di Taman Tema Air LEGOLAND® Malaysia.

3 Part Tumpuan Pengunjung di Water Park LEGOLAND® Malaysia


Apa yang menarik di Taman Tema Air  LEGOLAND® Malaysia? Jom kita kasi terjah:


Antara signature rides dan menjadi tumpuan para pengunjung adalah:

Struktur permainan interaktif yang sangat menyeronokkan. Tedapat pelbagai slaid kecil dan gelonsor yang sangat menarik bukan hanya untuk kanak-kanak malah juga boleh dimain oleh orang dewasa tau. Tetapi berhati-hati tau, terdapat baldi besar yang akan mencurahkan 350 gelen air kepada setiap 2 minit.


Joker Soaker


  • Build-A-Raft

Satu konsep unik di mana kanak-kanak boleh membuat rakit mereka sendiri yang diperbuat daripada batu-bata LEGO lembut yang mudah terapung seperti disungai.


Build-A-Raft

Build-A-Raft

Keluarga boleh meluncur ombak atau hanya menyejukkan diri di kolam gelombang ini di mana ianya sesuai daripada semua peringkat umur boleh menikmati gelombang ombaknya.

LEGO Wave Pool

LEGO Wave Pool

Sangat seronok dan pada yang belum ke Taman Tema Air LEGOLAND® Malaysia, korang patut mencubanya. Nantikan entry ke2 tau pengalaman Mrsyanie bersama rakan blogger di Taman Tema Air LEGOLAND® Malaysia.

Untuk dapatkan harga tiket masuk ke Water Park LEGOLAND® Malaysia, sila rujuk Link dibawah:

HARGA TIKET TAMAN TEMA LEGOLAND MALAYSIA


Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan:

LEGOLAND Malaysia


Alamat: 7, Jalan LEGOLAND, Bandar Medini Iskandar Malaysia, 
            Johor Darul Takzim, Malaysia, 79250 Nusajaya

Telefon:  +607 597 8888 

Email: info@legoland.my


Website: www.legoland.my 
Instagram: www.instagram.com/legolandmalaysia
Facebook: www.facebook.com/legoland.my 



Till Next Entry ye!!!


Salam Sayang

Labels: , , , , ,