Viral Aiskrim Choki Choki & Jelly/Cumi

Assalammualaikum w.b.t

Aiskrim Choki Choki & Jelly/Cumi | Dah manjadi viral Aiskrim Choki Choki dan Aiskrim Jelly. Apa yang menariknya, dulu pun dah ada Aiskrim ini, ianya dipanggil Aiskrim Malaysia. Tapi sekarang ianya menjadi kegilaan ramai untuk buat, kembalikan nostalgia semula tetapi dengan resepi Aiskrim moden. Sebabkan dah viral, tergoda jugak Mrsyanie nak buat hihi

Aiskrim Choki Choki , Aiskrim Jelly/Cumi

Aiskrim Choki Choki & Jelly/Cumi


Mrsyanie pun tak ketinggalan nak jugak buat, yelah sementara anak buah ada kat rumah mak. Ada jugak lah teman buat dan jadikan satu aktiviti buat mereka. Korang pun boleh jadikan aktiviti bersama anak-anak time cuti sekolah ni. Mulanya ingat macam susah bila dah baca bahan dan cara untuk buat, alahai mudah sangat kot. Harga kos pun tak mahal sangat. Totol kos bahan yang digunakan adalah RM11.80 untuk 2 perisa iaitu Choki Choki dan Jelly.

Jom Mrsyanie kongsikan resepi, resepi asal Mrsyanie tengok di blog Mummy Lynda.

Aiskrim Jelly/Cumi

Bahan-bahan:

Aiskrim Jelly/Cumi

Cara-cara:

  1. Masukkan susu pekat, susu cair, air dan secubit garam dalam periuk.
  2. Panaskan dengan api yang sederhana dan kacau sehingga sebati. Sehingga mendidih.
  3. Tutup api, dibiarkan ianya sejuk.
  4. Masukkan choki choki atau jelly kedalam plastik airkrim.
  5. Masukkan adunan air susu tadi yang telah sejuk kedalam palstik airkrim yang berisi choki-choki/jelly. 
  6. Ikat dihujung dan dimasukkan dalam peti sejuk (untuk pembekuan).


Siap, tunggu beku pastu boleh makan. Mudah sangat, dan anak-anak pasti seronok. Selain dari Choki choki atau jelly, korang jugak boleh letakkan coklat seperti apa-apa coklat bar dan pelbagai perisa lain. Selamat mencuba :)


Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

Labels: