Boat Noodle kini di utara?

Assalammualaikum w.b.t


Boat Noodle kini di utara? |  Wah untung orang utara kini dah boleh merasai Boat Noodle istimewa dari HLM Cafe by The Windows. Kali ini Mrsyanie dapat merasai boat noodle yang lain dari lain, bukan seperti boad noodle yang pernah Mrsyanie makan.


Boat Noodle HLM Cafe by The Windows

Agak menarik kerana boat noodle  disini lain sedikit rasanya berbanding yang lain. Ianya ada rasa tersendiri dan sangat sesuai dengan tekak Mrsyanie. Sewaktu Mrsyanie datang, agak ramai pengunjung jugak. Agak menjadi 'hot' lokasi untuk merasai boat noodle terbaik di utara. Pengunjung silih berganti, dan suasana pun agak selesa. 


HLM Authentic Boat Noodle


Terdapat 2 jenis iaitu boat noodle ayam dan boat noodle daging. Sup yang disediakan lebih kepada sup lemak dan paling sedap bagi tekak Mrsyanie bila makan dengan daging. Cuma 1 kekurangan nya adakah isi ayam nya agak sedikit, jika letakkan isi ayam lebih dan tidak terlalu hancur memang akan lebih sedap. Harga pun tidak mahal (harga standard) RM 1.90 /semangkuk.




Disini bukan sahaj disediakan boat noodle tetapi pelbagai lagi menu yang berasakan Thai street food. Mrsyanie juga sempat merasai daging bakar, memang sedap makan dengan sos yang disediakan. HLM Authentic Boat Noodle juga mempunyai cawangan pertama mereka di Jitra. 


Untuk maklumat lanjut:

Boat Noodle by HLM Authentic 

Alamat: No 7, 1st Floor, LiTC Mergong, 
            05150 Alor Setar, Kedah.
               (Landmark: depan Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman)

No Telefon: 013 5969195 Pn. Mawar
Facebook: HLM Authentic Boat Noodle


Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

Labels: , ,