Filem: Gods Of Egypt 2016

Assalammualaikum w.b.t

Filem: Gods Of Egypt 2016 | Akhirnya Mrsyanie pilih Filem: Gods Of Egypt 2016 untuk tontonan malam tadi. Yup sekarang tengah hangat dengan cerita Munafik tetapi sebab agak kurang berani Mrsyanie ni. Terus tak jadi beli tiket filem tu, tapi mungkin agak tengok jugak nanti. Kita tunggu kekuatan dulu ye hihi..Tak pe kita cerita dulu tentang filem Gods Of Egypt ni ye.


Filem: Gods Of Egypt 2016


Genre: Pengembaraan, Fantasi 
Tempoh masa: 130 Minit
Tarikh tayangan: 25 Feb 2016

Filem arahan Alex Proyas ini dibintangi oleh Gerard Butler, Chadwick Boseman, Brenton Thwaites, Nikolaj Coster-Waldau, Courtney Eaton & Geoffrey Rush.


Sinopsis Gods Of Egypt : 

Filem ini mengisahkan tentang kehidupan dewa-dewa yang mana pertempuran dewa-dewa dalam memegang takhta raja di Mesir. Filem ini lebih diilhamkan oleh mitologi klasik Mesir. 


Ianya apabila Set [Gerard Butler] telah merampas takhta empayar Mesir yang menyebabkan huru-hara dan konflik kegelapan. Bermula pengembaraan dewa langit, Horus [Nikolaj Coster-Waldau] bersama seorang manusia bernama Bek [Brenton Thwaites] dalam menjalankan satu misi untuk menyelamatkan dunia dan menyelamatkan cinta sejati Bek yang telah mati. 



Dalam filem ini mempunyai elemen perampasan takhta, pergorbanan cinta dan reka bentuk perangkap yang memang jadikan filem ini bertambah menarik. Filem ini tak bosan kan penonton kerana aksi yang menarik, cuma bila berlawan last sekali macam kejap sangat dapat kalahkan Set yang jahat tu. Untuk filem ini, Mrsyanie kasi 3/5 bintang. 


Till Next Entry ye!!!

Salam Sayang

Labels: ,