Taman Negara Pahang, Malaysia | Part 2 Han Rainforest Resort

Assalammualaikum w.b.t

Han Rainforest Resort, Taman Negara Pahang |  Tak terpikir Mrsyanie untuk ke Taman Negara Pahang bila dah berkahwin dan meningkat usia ni. Yelah fit dah tak ada, badan makin naik (tapi comel) hihi. Sebelum setuju mintak izin Mrlaling dulu dan semestinya mendapat lampu hijau dari Mrlaling. Sebelum ke Taman Negara Pahang, Mrsyanie cuba juga untuk naikkan balik stamina hampir sebulan. Alhamdulillah. 4 hari 3 malam akhirnya Mrsyanie bersama Kelab Blogger Ben Ashaari berkampung di Han Rainforest Resort, Taman Negara Pahang sebagai penaja penginapan utama kami.

Taman Negara Pahang

Han Rainforest Resort , Taman Negara Pahang


Mrsyanie punya pandangan sebelum ke Taman Negara, mesti penginapan macam dom sekolah tak berapa nak selesa. Tapi agak terkejut jugak bila sampai je di Han Rainforest Resort kawasan nya sangat tenang, bersih dan cantik pemandangan bukit disekeliling. Tak sabar nak masuk bilik pula, dan diberi satu bilik 2 orang. Partner Mrsyanie adalah blogger Massaari

 Taman Negara Pahang

Masuk je kawasan blok penginapan kami teruja gak, bersih dan kemas. Tak payah nak agak dah, memang sangat selesa tau. Bilik luar dan selesa untuk 2 orang, bilik air jugak paling penting bersih.. yeahh!!  Ok jom tengok bilik pulak.

Taman Negara Pahang

 Taman Negara Pahang
sumber gambar: website Han Rainforest Resort

Taman Negara Pahang

Kawasan resort jugak sangat selesa dan tenang. Antara kemudahan lain yang disediakan adalah mini market, guest relax corner, traditional spa/massage, mini canopy walk, wifi dan sebagainya. 

SPA, Taman Negara Pahang
sumber gambar: website Han Rainforest Resort
Taman Negara Pahang


Han Rainforest Resort  bukan sahaj menyediakan perkhidmatan penginapan sahaja tetapi juga korang boleh dapatkan pakej aktiviti disini. Tak perlu mencari pakar aktiviti di Taman Negara Pahang kerana Han Rainforest Resort  sedia menyediakan untuk korang. Nak tahu pakej aktiviti yang ditawarkan nanti entry seterusnya. yeahh!!!

Sebelum itu nah tengok video ini dulu, sedikit sebanyak gambaran disana:




Untuk maklumat lanjut:

Han Rainforest Resort


Alamat: No : 673437-T / KPL 4647 Kuala Tahan, 
            27020 Jerantut, Pahang, Malaysia 

No.Tel : 09-266 7888 
Email: hanrainforestresort@gmail.com

Website : http://www.han-rainforestresort.com/ 
Facebook : Han Rainforest Resort 




Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

Labels: , , , , ,