Kempen Derma Buku anjuran PROGRESS SMART Selangor | Pernah dengar pasal orang Asli di Pulau Carey? Agak-agak menarik tak ye tempat dia? ha, kalau korang pernah membuat program di sana, kali ini PROGRESS SMART Selangor pula yang akan merasainya sendiri. Untuk pengetahuan semua, seramai 100 orang peserta dari Programme on ''Graduate Employability Enhancement (PROGRESS) for SMART'' Selangor akan pergi ke sana untuk membuat khidmat komuniti. Community service yang dijalankan oleh Progress Smart Selangor ini lebih dikenali sebagai Smart Bakti
CSR PROGRESS SMART Selangor
Kempen Derma Buku anjuran PROGRESS SMART Selangor
Program ini ditaja khas oleh kerajaan Selangor dengan kolaborasi bersama Irshad HR Consulting untuk memberi kursus selama sebulan kepada anak-anak Selangor yang baru sahaja beberapa bulan tamat pengajian tetapi masih belum mendapat sebarang pekerjaan.
Di samping belajar mengenai Project & Event Management, Effective Business Writing dan lain-lain, kami juga perlu mengadakan satu program untuk semua peserta PROGRESS demi menjayakan kursus PROGRESS SMART Selangor.
kita semua dapat banyak kelebihan kan. dapat baca buku. ada library sendiri. dapat menimba macam-macam ilmu pengetahun. tapi apa salahnya pula kalau kita dapat menderma buku/majalah kepada kaum orang Asli ini supaya mereka juga dapat mencari ilmu sepertimana kita semua. Tujuan kami ke sana adalah untuk membina satu mini perpustakaan supaya mereka dapat bersantai di situ sambil membaca buku-buku ilmiah yang akan didermakan oleh kalian.
Jadi, tunggu apa lagi. :) andai kata rasa banyak buku tapi dah tak tahu nak buat apa, jom datang ke tempat yang dinyatakan dalam gambar berikut dan menderma sebanyak mungkin.
Carlton Hotel Holiday and Suites ni betul-betul berada bersebelahan dengan Pusat Akuatik dan juga Tesco Shah Alam. Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi nombor yang tertera.