Assalammualaikum w.b.t
KETCHUP : BLOGGER SPEED RUN | Mungkin ramai yang tertanya
kemana 'food hunter' Mrsyanie minggu lepas kan. ehh ada yang tanya ke? hihi Tak
kisah lah janji korang baca entry ini sampai habis, kalau tak rugi lah sebab
Mrsyanie nak kongsikan dengan korang lokasi 'food hunter' Mrsyanie minggu
lepas. Bukan macam biasa tetapi kali ini luar biasa.
|
sumber: http://ketchup.com.my/ |
KETCHUP Community
KETCHUP Community merupakan satu komuniti yang menyediakan platform kepada para pengemar
cafe dan juga kepada pemilik cafe. Bagi pengemar cafe, KETCHUP Community
menyediakan satu website bagi memudahkan korang membuat terjahan cafe yang
menarik dan pasti berdekatan dengan korang. Bagi pemilik cafe pula, ianya
merupakan satu platform dalam mempromosikan dan menarik lebih ramai pelanggan
untuk mengunjungi cafe.
BLOGGER SPEED RUN
Inilah luar biasanya, KETCHUP Community bersama dengan Kelab
Blogger Ben Ashaari dan influencer berkerjasama dalam menjayakan
satu program yang dipanggi Blogger Speed Run, eh bukan main lari-lari tau.
Program ini bersama dalam misi terjahan cafe-cafe sekitar kejiranan korang.
Maknanya kami bersama menjalankan 'food hunter'/review ke cafe-cafe sekitar
Kuala Lumpur. Mungkin akan datang buat 'food hunter' ke luar Kuala Lumpur pulak
kan.
Kali ini Ketchup Blogger Speed Run terjah sekitar Taman
Tun Dr Ismail atau lebih dikenali dengan TTDI. Cafe yang terlibat dalam terjahan
kami adalah 5 buah cafe yang memang konsept terjahan Mrsyanie. Kan dah
kata memag luar biasa 'food hunter' Mrsyanie kali ini sebab terjah sekali 5
cafe dalam masa sehari.
1) Chequers
Kami bermula dengan terjahan ke Cafe Chequers,
ianya cafe yang berkonsep makanan Amerika. Antara hidangan yang menjadi pilihan
adalah Double deck croque monsiuer, Moo Moo waffle burger, Melting moments dan
minuman 4 James paradise. Chequers juga terkenal dengan menu sarapan paginya.
|
Double deck croque monsiuer, Moo Moo waffle burger, Melting moments
|
2) Quartet
Menarik tentang Quartet cafe adalah deko cafenya sangat menarik
dan sesuai untuk bersantai. Antara hidangan yang menjadi pilihan
adalah Eggs rockkafella, French toast, Smoked salmon bagel.
|
Eggs rockkafella, French toast, Smoked salmon bagel
|
3) Grumpy Cyclist
Grumpy Cyclist, merupakan cafe yang berkonsepkan pitstop untuk
penunggang-penunggang motosikal/penunggang basikal dan penggemar kegiatan luar.
Antara menu menjadi pilihan adalah Oliver James dan Potato Pista.
|
Oliver James dan Potato Pista
|
4) Pickle & Fig
Pickle & Fig, sebuah cafe yang berkonsepkan
pemilihan-pemilihan makanan seimbang. Menu yang menjadi pilihan kami adalah coronation
chicken (caramelized onions, sliced chicken breast, coronation sauce, alfalfa,
raisin), Panini, dan rotkraut pastrami (beef pastrami, rotkraut, Russian
dressing, cheese).
|
Coronation chicken, Panini, rotkraut pastrami
|
5) Thursdvy
Cafe Thursdvy terletak di kawasan rumah kedai Lorong Datuk
Sulaiman 1. Ianya berkonsepkan rekaan grafik yang sangat unik dan menarik. Rona
hitam menaikkan lagi rekaan dalam cafe. Menu yang menjadi pilihan
adalah Egg ham pancake dan Pesto fettuccini.
|
Egg ham pancake dan Pesto fettuccini
|
Memang satu pengalaman yang sangat menarik bagi food hunter macam
Mrsyanie. Kesemua cafe yang Mrsyanie terjah sangat mudah untuk korang terjah.
Boleh waze sahaja dan untuk dapatkan maklumat lanjut tentang cafe-cafe menarik
disekitar Kuala Lumpur korang boleh layari website KETCHUP Community.
Untuk maklumat lanjut:
Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang
Labels: FOOD, FOOD: KUALA LUMPUR, KELAB BLOGGER BEN ASHAARI, REVIEW