Misi Food Hunter 5 Cafe dalam Masa Sehari

Assalammualaikum w.b.t

KETCHUP : BLOGGER SPEED RUN  | Mungkin ramai yang tertanya kemana 'food hunter' Mrsyanie minggu lepas kan. ehh ada yang tanya ke? hihi Tak kisah lah janji korang baca entry ini sampai habis, kalau tak rugi lah sebab Mrsyanie nak kongsikan dengan korang lokasi 'food hunter' Mrsyanie minggu lepas. Bukan macam biasa tetapi kali ini luar biasa.

sumber: http://ketchup.com.my/

KETCHUP Community

KETCHUP Community merupakan satu komuniti yang menyediakan platform kepada para pengemar cafe dan juga kepada pemilik cafe. Bagi pengemar cafe, KETCHUP Community menyediakan satu website bagi memudahkan korang membuat terjahan cafe yang menarik dan pasti berdekatan dengan korang. Bagi pemilik cafe pula, ianya merupakan satu platform dalam mempromosikan dan menarik lebih ramai pelanggan untuk mengunjungi cafe.




BLOGGER SPEED RUN 


Inilah luar biasanya, KETCHUP Community bersama dengan Kelab Blogger Ben Ashaari dan influencer berkerjasama dalam  menjayakan satu program yang dipanggi Blogger Speed Run, eh bukan main lari-lari tau. Program ini bersama dalam misi terjahan cafe-cafe sekitar kejiranan korang. Maknanya kami bersama menjalankan 'food hunter'/review ke cafe-cafe sekitar Kuala Lumpur. Mungkin akan datang buat 'food hunter' ke luar Kuala Lumpur pulak kan.

KBBA9 + KETCHUP Community +Face of Malaysia + MYC 

Kali ini Ketchup Blogger Speed Run terjah sekitar Taman Tun Dr Ismail atau lebih dikenali dengan TTDI. Cafe yang terlibat dalam terjahan kami adalah 5 buah cafe yang memang konsept terjahan Mrsyanie.  Kan dah kata memag luar biasa 'food hunter' Mrsyanie kali ini sebab terjah sekali 5 cafe dalam masa sehari. 

1) Chequers

Kami bermula dengan terjahan ke Cafe Chequers, ianya cafe yang berkonsep makanan Amerika. Antara hidangan yang menjadi pilihan adalah Double deck croque monsiuer, Moo Moo waffle burger, Melting moments dan minuman 4 James paradise. Chequers juga terkenal dengan menu sarapan paginya.



Double deck croque monsiuer, Moo Moo waffle burger, Melting moments 

2) Quartet

Menarik tentang Quartet cafe adalah deko cafenya sangat menarik dan sesuai untuk bersantai. Antara hidangan yang menjadi pilihan adalah Eggs rockkafella, French toast, Smoked salmon bagel.

Eggs rockkafella, French toast, Smoked salmon bagel

3) Grumpy Cyclist

Grumpy Cyclist, merupakan cafe yang berkonsepkan pitstop untuk penunggang-penunggang motosikal/penunggang basikal dan penggemar kegiatan luar. Antara menu menjadi pilihan adalah Oliver James dan Potato Pista. 

Oliver James dan Potato Pista

4) Pickle & Fig

Pickle & Fig, sebuah cafe yang berkonsepkan pemilihan-pemilihan makanan seimbang. Menu yang menjadi pilihan kami adalah coronation chicken (caramelized onions, sliced chicken breast, coronation sauce, alfalfa, raisin), Panini, dan rotkraut pastrami (beef pastrami, rotkraut, Russian dressing, cheese). 

Coronation chicken, Panini, rotkraut pastrami

5) Thursdvy

Cafe Thursdvy terletak di kawasan rumah kedai Lorong Datuk Sulaiman 1. Ianya berkonsepkan rekaan grafik yang sangat unik dan menarik. Rona hitam menaikkan lagi rekaan dalam cafe. Menu yang menjadi pilihan adalah Egg ham pancake dan Pesto fettuccini.

Egg ham pancake dan Pesto fettuccini

Memang satu pengalaman yang sangat menarik bagi food hunter macam Mrsyanie. Kesemua cafe yang Mrsyanie terjah sangat mudah untuk korang terjah. Boleh waze sahaja dan untuk dapatkan maklumat lanjut tentang cafe-cafe menarik disekitar Kuala Lumpur korang boleh layari website KETCHUP Community
  


Untuk maklumat lanjut:

KETCHUP Community

Website: www.ketchup.com.my 
Facebook: www.facebook.com/KetchUpCommunity/ 

Instagram: @ketchup_my


Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

Labels: , , ,