Jom Klik

FEED EFG

LEGOLAND® Education Programme | English Mania

Assalammualaikum w.b.t

LEGOLAND® Education Programme | English Mania | Mungkin ramai yang tak tahu bahawa Legoland Malaysia Resort bukan sahaja lokasi untuk beriadah dan bermain bersama keluarga atau rakan-rakan. Legoland Malaysia Resort juga merupakan salah satu lokasi menarik untuk pembelajaran pelajar-pelajar. Legoland Malaysia Resort  telah melancarkan satu program khas buat pelajar sekolah yang diberi nama English Mania.

English Mania, LEGOLAND Malaysia Resort

English Mania - Legoland Malaysia Resort

English Mania merupakan satu program yang dihasilkandengan kerjasama Modul Team Pembina daripada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Perkongsian ini adalah sebahagian daripada peralihan kesembilan dalam 12 tahun (2013-2025) Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, yang memaparkan penglibatan kerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas dalam membina dan menyokong pendidikan sebagai salah satu badan yang bersatu. 

 English Mania, LEGOLAND Malaysia Resort

Program English Mania dijalankan di LEGOLAND Malaysia Resort sebagai salah satu proses pembelajaran di luar kelas (bilik darjah sekolah) supaya menjadi platform untuk pelajar mempelajari bahasa Inggeris dengan elemen keseronokkan dan pengembaraan dalam proses pembelajaran.

Ini merupakan satu program yang bagus dalam membantu para pelajar meningkatkan ilmu dalam menguasai bahasa Inggeris dengan lebih menarik. Untung pelajar sekarang kerana dapat meningkatkan ilmu pembelajaran dalam bahasa Inggeris dengan lebih menarik. Rasa nak jadi pelajar semula ni. hihi



Program khas English Mania ini bermula 15 Februari 2016 sehingga 31 Mac 2016 sahaja. Jadi kepada guru-guru dan pelajar rebutlah peluang menarik ini dalam salah satu usaha untuk meningkatkan mutu pendidikan terutama dalam menguasai bahasa Inggeris.

Bagaimana nak rebut peluang ini? Mudah sahaja korang boleh layari terus ke website rasmi Legoland Malaysia www.legoland.com.my dan download booking form (klik sini) . Lengkapkan form dan emailkan terus kepada sheila.shamsuddin@legoland.my atau shahbudin.wong@legoland.my.


Promosi:

Kemasukan PERCUMA untuk Guru


  • Kemasukan PERCUMA untuk guru Malaysia dan kakitangan pendidikan. 
  • Sehingga 4 tiket Taman Tema percuma. 
  • Guru / pegawai dikehendaki menghadiri sesi taklimat pada hari lawatan.
  •  Tawaran sah sehingga 31 Mac 2016


Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan:

LEGOLAND Malaysia Resort


Alamat: 7, Jalan LEGOLAND, Bandar Medini Iskandar Malaysia, 
            Johor Darul Takzim, Malaysia, 79250 Nusajaya

Telefon:  +607 597 8888 

Email: info@legoland.my


Website: www.legoland.my 




Till Next Entry ye!!!


Salam Sayang

3 comments:

  1. menariknya ....sambil main sambil belajar . Misti anak anak suka

    ReplyDelete
  2. Menarik! boleh propose pada cikgu-cikgu sekolah

    ReplyDelete

FANPAGE

back off