Projek Raya Elle Zada x Shaheizy Sam Syatilla 2016

Assalammualaikum w.b.t


Projek Raya Elle Zada x Shaheizy Sam Syatilla 2016 | Jenama Elle Zada tidak perlu diperkenalkan lagi, ianya jenama terkenal dengan konsep rekaan 'Patuh Syariah' dan berkualiti premium. Kini Elle Zada berkolaborasi dengan pelakon hebat dan pasangan pengantin baru Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin. Satu sidang media khas diadakan di Hotel Grand Millennium pada 20 Mac yang lepas sempena perlancaran Projek Raya Elle Zada x Sam Syatilla 2016.


Sidang Media Projek Raya Elle Zada x Sam Syatilla 2016



Majlis diserikan dengan kehadiran Dato’ Normaziah dan Dato’ Zaini Tahar serta beberapa lagi selebriti jemputan. Ianya turut dirasmikan oleh Dato’ Normaziah yang menjadi sumber inspirasi dalam dunia keusahawanan.

Majlis ini telah dihoskan oleh penyanyi dan pengacara yang sangat comel iaitu Heliza Helmi dan Nik dengan menggayakan koleksi Raya Elle Zada x Sam Syatilla.



Dalam sidang media ini, satu perlancaran #projekraya Elle Zada x Sam Syatilla 2016 dijalankan bagi membuka ruang kepada masyarakat umum untuk turut serta dalam kempen pemasaran dan menjadi ahli keluarga bisnes Projek Raya Elle Zada x Sam Syatilla 2016. 

Ahli keluarga bisnes ini terbuka kepada semua dan menawarkan 20% pulangan dengan bermodalkan hanya RM150. Latihan dan sokongan keusahawanan diberikan percuma kepada semua ahli keluarga bisnes projek ini. Bagi yang berminat boleh hubungi Butik Elle Zada untuk maklumat terperinci dan jangan lepaskan peluang ini!


Mrsyanie sangat tertarik dengan koleksi Raya Elle Zada x Sam Syatilla kerana kain yang sangat berkualiti tetapi dengan tawaran harga yang sangat berpatutan. Sewaktu sidang media juga satu persembahan menarik dari kumpulan Bar-risan yang turut menggayakan koleksi Raya Elle Zada x Sam Syatilla. Persembahan aksi parkour ini bertujuan memberitahu hadirin yang mana pakaian raya yang dikeluarkan oleh Elle Zada x Sam Syatilla adalah sangat berkualiti dan tak mudah koyak (tahan lasak dan pergerakan aktif). 

Barulah bersesuaian dengan trademark #Inibarulahchampion membuatkan koleksi Raya Elle Zada x Sam Syatilla lebih istimewa dan kekal premium.

**Korang boleh lihat video aksi parkour dengan mengayakkan koleksi raya Elle Zada x Sam Syatilla di youtube Yanie Yusuf ok.

Projek Raya Elle Zada x Sam Syatilla 2016


Kolaborasi ini akan memberi fokus kepada rekaan yang direka khas oleh Shaheizy Sam & Syatilla Melvin sendiri bersama designers ELLE ZADA bersempana Projek Raya 2016. Koleksi yang akan dipasarkan adalah idea yang menampilkan ciri-ciri sofistikated, moden namun kekal praktikal. Sentuhan ilham ini menyerlahkan lagi personaliti peribadi selebriti Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin yang bercitarasa tinggi.

Bagi Sam koleksi Raya Elle Zada x Sam Syatilla 2016 dihasilkan bagi berkongsi dengan masyarakat bahawa produk yang premium tidak semestinya terlalu mahal tetapi ianya berpatutan dan mampu milik




Dengan konsep 'Sediakan pakaian kemenangan, Fokus Ibadah Ramadhan'. Terdapat pelbagai pilihan designs dan warna untuk semua ahli keluarga. Ianya akan memasarkan hampir 60 koleksi baju raya yang merangkumi baju kurung moden, abaya, baju melayu, kurta dan jubah bagi koleksi lelaki, wanita dan kanak-kanak.








Cantik kan koleksi  Raya Elle Zada x Shaheizy Sam Syatilla 2016. Mesti ada yang tertanya-tanya berapa harga? Ni nak bagi tahu korang sekarang diorang adakan program pembelian Pre-Order bersama agen sah. Sangat untung dan yang pastinya berkualiti premium serta mampu milik. Siap ada diskaun lagi untuk korang yang buat pre-order pembelian tau. 

Harga Koleksi Lelaki:


NO
KOLEKSI
HARGA ASAL
HARGA PRE-ORDER
1.
Baju Melayu
RM189
RM169
2.
Jubah
RM189
RM169
3.
Kurta
RM129
RM109
* Baju Melayu tidak termasuk kain songket & butang baju Melayu 
* Jubah tidak termasuk butang

 Harga Koleksi Wanita:

NO
KOLEKSI
HARGA ASAL
HARGA PRE-ORDER
1.
Baju Kurong
RM209
RM189
2.
Jubah
RM199
RM179
3.
Abaya
RM229
RM209

KELEBIHAN PRE ORDER


Untuk pembelian digalakkan korang buat pre-order sekarang. Ini kerana, jika pre-order sekarang melalui agen-agen yang dilantik, para pelanggan dapat menikmati potongan harga sehingga RM20 untuk satu item.

Tempoh Pre-order adalah dari 20 Mac 2016 sehingga 30 April 2016. Setiap item yang di-order akan mula di pos secara berperingkat bermula dari 1-8 Mei 2016, bergantung kepada kesediaan stok.

Bagaimana nak buat pre-order untuk dapatkan diskaun?? Syarat untuk dapatkan potongan adalah melakukan pembelian melalui agen yang sah ok. Dapatkan maklumat agen di laman web:


Link list agen untuk potongan RM20 off : 

Senarai Agen Sah Projek Raya 2016



Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian:


ELLE ZADA PRINCIPLE BOUTIQUE 

Alamat: No 12 & 12A Ground Floor Dataran Wangsa 1,
             Dataran Wangsa Melawati, 53300, Kuala Lumpur.

Email : ellezadaofficial@gmail.com

Web : http://www.ellezada.com/
Facebook https://www.facebook.com/ElleZada/



Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

Labels: , , ,