Jom Klik

FEED EFG

Resepi Brownies Kedut

Assalammualaikum w.b.t

Resepi Brownies Kedut | Mrsyanie bukan lah mahir nak buat Brownies Kedut ini, tapi kalau bab makan boleh serah pada Mrsyanie. 1stEFGathering hari itu, Mrsyanie berpeluang untuk merasa Brownies Kedut yang sangat femes dari blogger hebat EnyAbdullah. Korang google sahaja resepi Brownies Kedut mesti akan jumpa blog EnyAbdullah tau.


Brownies Kedut EnyAbdullah


Memang reseki Mrsyanie, yelah nasib baik jugak lah dapat hadirkan diri ke majlis 1stEFGathering. Pada yang belum tahu apa yang terjadi pada Mrsyanie, korang boleh baca entry 1stEFGathering tau. Memang perkara pertama Mrsyanie sampai ke majlis hari tu, memang dah 'aim' baik punya Brownies Kedut bertingkat tu. Tak sabar nak nak rasa dah, bila tuan rumah kata ok dah boleh makan, Brownies Kedut dulu lah yang Mrsyanie terkam. hihi Selalu Mrsyanie tengok dalam facebook je bila Enyabdullah post gambar. Akhirnta dapat jugak..hihi



Resepi Brownies



Resepi Brownies Kedut by Enyabdullah.com

Bahan-bahan 
400 gm Dark coklat Couverture atau coklat Compound
150 gm mentega
170 gm gula perang 
4 biji telur saiz A
1 sudu kecil esen vanilla
100 gm tepung naik sendiri
30 gm serbuk koko
Secubit garam kasar

Cara penyediaan
  • Panaskan oven pada suhu 160C
  • Cairkan butter, coklat dan garam kasar menggunakan double boiler atau microwave. Kacau rata.
  • Coklat dipotong halus dan cairkan mengunakan kaedah double boiler atau microwave. Kacau rata.
  • Tepung digaul bersama serbuk koko dan diayak.
  • Satukan telur, butter cair, gula  castor dan gula perang dalam mangkuk besar. Masukkan esen vanila. Mengunakan senduk kayu atau sudu, kacau sehingga sebati semua bahan.
  • Masukkan tepung diselang seli dengan coklat. Simpan sedikit coklat untuk dimasukkan akhir sekali. Kacau rata adunan.
  • Akhir sekali masukkan baki coklat cair dan kacau kaup 3-4 kali menggunakan sudu.
Pembakaran
  • Masukkan adunan dalam loyang 10 x 10 inchi. Masukkan kedalam oven yang telah dipanaskan tadi.
  • Masak selama 30-40 minit. Make sure tak terlebih bakar. 
  • Bila sudah dibakar dengan sempurna, biar sekejap brownies dalam oven yang direnggangkan pintunya dalam 10-15 minit.
  • Sejukkan brownies pada suhu bilik selama beberapa jam sebelum dipotong. Jangan sesekali masukkan dalam peti sejuk kerana ini akan menjadikan brownies keras.

Enyabdullah kini telah membuka satu perniagaan pembuatan brownies dan kek yang diberi nama Cakeeny Brownies & Cakes. Pada sesiapa yang inginkan brownies atau pelbagai jenis kek, boleh buat tempahan dengan Cakeeny Brownies & Cakes. Korang tak akan rasa rugi kerana Brownies nya memang sedap dan super bagi seorang pencinta coklat macam Mrsyanie hihi. 



Untuk maklumat lanjut:

Instagram: cakeeny



Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

10 comments:

  1. Tq so much yanie! semoga murah rezeki ye :)

    ReplyDelete
  2. Nanti nak try le buat guna resipi EnyAbdullah ni..tak tahu le jadik ke idok..hehe

    ReplyDelete
  3. samelah kite Yanie.. makanan first terus ambil brownies Kek Ny ni.. terbayang-bayang smpai saat ni.. sedapnye lahai..

    ReplyDelete
  4. ngences nya tengok..rugi tak pergi..tp apakan daya.. huhu

    ReplyDelete
  5. Mmg menggoda betullah brownies ni... Isshhh...

    ReplyDelete
  6. samalah ehehe.. bab makan saaaangat pandai =D

    ReplyDelete

FANPAGE

back off