Taman Negara Pahang, Malaysia | Part 4 | Camping di Kampung Dedari

Assalammualaikum w.b.t

Taman Negara Pahang, Malaysia | Part 4 | Camping di Kampung Dedari| Selepas penat jungle trekking dan mencuba sendiri berjalan di Canopy walk Taman Negara, aktiviti kami petang seterusnya adalah berkhemah di kampung Orang Asli, iaitu Kampung Dedari. Setiba di perkampung kami diperkenalkan sejarah perkampungan orang asli dan suku kaum yang didiami disini.

Camping di Kampung Dedari, Malaysia

Perkhemahan di Kampung Dedari

Perkampungan Dedari didiami oleh suku kaum Bateq. Perjalanan kami bermula dari jeti ke perkampungan bergambil masa lebih kurang 30 minit melayari sungai. Korang juga boleh ke Perkampungan Dedari dengan menaikki 4WD tetapi perjalanan agak jauh berbanding dengan menyusuri sungai. 


Disini kami dapat melihat sendiri kehidupan yang dijalankan oleh Orang Asli Bateq dari segi kehidupan harian mereka. Mereka masih belum ada tenaga elektrik tetapi bantuan air bersih telah mereka terima. Bukan mereka tidak mahu menerima tetapi mereka lebih suka dengan kehidupan asal. Bukan kata tiada yang berubah, ada juga yang telah berjaya dan keluar dari perkampungan. Kami juga diajar cara bagaimana menghasilkan api dengan menggunakan sumber alam semulajadi dan juga diajar cara menyumpit. Mrsyanie cuba jugak menyumpit tapi tak kena pun, kena banyak praktis ni hihi..

Taman Negara Pahang, Malaysia

Taman Negara Pahang, Malaysia ,

Taman Negara Pahang, Malaysia
Antara hasil seni yang dihasilkan oleh Orang Asli Kampung Dedari
Taman Negara Pahang, Malaysia

Selepas beramah mesra dengan orang perkampungan Dedari, kami terus membuat persiapan untuk perkhemahan kami. Belajar cara untuk pasang khemah dan paling menarik kami bermandi manda di sungai. Kami berkhemah betul-betul depan sungai. 

Taman Negara Pahang, Malaysia


Malam pula kami duduk berbual didepan unggun api. Memang terasa macam camping dalam cerita orang putih tu. hihi Waktu malam paling menarik kerana merasai keindahan alam, bunyi air sungai dan alhamdulillah langit cerah diterangi oleh bulan. Pengalaman juga buat Mrsyanie bila tidur berkhemah tanpa selimut ataupun baju sejuk. Memang rasa membeku dah. Terima kasih juga buat partner khemah Mrsyanie, Helena yeahh!! Seronok bila kerjasama antara kami sangat kuat, paling best kawan cover bila nak membuang air kecil dan salin baju. Pengalaman terindah buat Mrsyanie yang tidak dapat dilupakan. 

Boleh jugak klik entry dibawah:



Terima kasih juga para penaja 

HanRainforestResort : Penaja penginapan, transport, aktiviti dan makan minum. 

Camelus : Produk berasas susu unta. 

Cosmoderm : Penaja produk penjagaan diri. 

YeosMalaysia : Penaja Minuman Berperisa. 

MinumPranJuice : Penaja Minuman Berperisa. 

HeroesManWashbyNanafaBeauty : Penaja Produk Penjagaan Kesihatan Lelaki



Till Next Entry ye!!!

Salam Sayang

Labels: , , , , ,