Taman Negara Pahang, Malaysia | Part 3 | Jungle Trekking | Canopy Walk

Assalammualaikum w.b.t

Taman Negara Pahang, Malaysia | Part 3 | Jungle Trekking | Canopy Walk | Pagi sabtu 20 Februari 2016, bermula aktiviti pertama kami di Taman Negara Pahang. Seawal jam 7.00 pagi kami dah mula bersarapan untuk beri tenaga. Semua dah siap sedia untuk aktiviti pertama kami iaitu Jungle Trekking di Taman Negara Pahang. 


Part 3 , Jungle Trekking , Canopy Walk

Taman Negara Pahang, Malaysia 

Sebelum mulakan aktiviti kami diberi penerangan tentang aktiviti yang akan kami lalui sepanjang hari. Jangan risau semua telah diatur dengan baik dan perjalanan kami bermula menaiki trak untuk ke Jetty. 


Part 3 , Jungle Trekking , Canopy Walk

Part 3 , Jungle Trekking , Canopy Walk

Part 3 , Jungle Trekking , Canopy Walk


Jungle Trekking


Setiba kami di Taman Negara Pahang, kami dibahagikan kepada 4 kumpulan kecil. Bagi memudahkan pergerakkan dan perjalanan sepanjang berada di Taman Negara. Sebelum dimulakan Jungle Trekking kami diberi penerangan keselamatan dan aktiviti panaskan badan. (Pesanan: bila buat senaman panaskan badan buat betul-betul, jangan ada yang kejang nanti).

Perjalanan kami dijangka mengambil masa 2 jam tetapi biasalah bukan semua biasa jungle trekking, Mrsyanie pun semput jugak. Tak pe janji selamat sampai kan. hihi.. Lepas ni kena banyakkan senaman ni untuk fit kan semula badan. 


 Part 3 , Jungle Trekking , Canopy Walk

Part 3 , Jungle Trekking , Canopy Walk
Permulaan perjalanan disediakan track berkayu, sehingga separuh macam itu kami mula trekking bukit tanpa track. Memang mencabar selepas beberapa tahun tak masuk hutan. Lama jugak tak layan aktiviti seperti ini.
Part 3 , Jungle Trekking , Canopy Walk

Part 3 , Jungle Trekking , Canopy Walk

Part 3 , Jungle Trekking , Canopy Walk

Part 3 , Jungle Trekking , Canopy Walk

Part 3 , Jungle Trekking , Canopy Walk

Paling Mrsyanie tak boleh lupakan bila Mrsyanie berjaya sampai ke Puncak Bukit Terisek yang setinggi 344 M. Betapa seronok sangat, sampai atas hilang rasa penat tapi nak turun rasa bercinta pula. Teringat lift atau tangga bergerak je..hihi Tipulah kalau kata kaki tak sakit, paling terasa lutut kiri sebab kesan turun bukit. Sangat indah ciptaan Tuhan, dan rasa syukur sangat dapat melihat keindahan alam ciptaan Tuhan dari atas puncak Bukit Terisek.


 Part 3 , Jungle Trekking , Canopy Walk
Part 3 , Jungle Trekking , Canopy Walk
sumber gambar dari rakan Kelab Blogger Ben Ashaari

Canopy Walk


Kami teruskan aktiviti kami dengan Canopy Walk. Kenapa diberi nama Canopy Walk? Ini kerana kami berjalan dibawah pepohon pokok yang dinamakan kategori Canopy Walk. Ketinggian dari 10km sehingga ketinggian 45km. Gayat tu memang lah, tinggi kot siapa tak gayat kan. Tapi Mrsyanie ikut petua diorang, jangan tengok bawah sangat dan fokus pada nikmati keindahan alam yang ada. Canopy Walk mempunyai 7 check point dan yeahh berjaya Mrsyanie sampai ke point terakhir. 

Part 3 , Jungle Trekking , Canopy Walk

Canopy Walk di Taman Negara Pahang juga merupakan Canopy Walk yang terpanjang di Malaysia. Lagi satu yang menarik tentang Canopy walk ini tidak menggunakan paku tau, kerana ingin mengekalkan struktur pokok yang terdapat disini. Memang wajib korang mencubanya walaupun sekali seumur hidup tau. Selain redah hutan, dan naik canopy walk, korang juga boleh mempelajari kehidupan flora dan fauna disini.

 Part 3 , Jungle Trekking , Canopy Walk

Part 3 , Jungle Trekking , Canopy Walk

Ketaq lutut juga melalui Canopy walk ini, tapi abaikan rasa takut teruskan menuju hingga ke hujung jalan. Memang satu pengalaman yang Mrsyanie tidak dapat lupakan. Selesai aktiviti, kami terus dibawa pulang ke resort untuk makan tengahari dan berehat sebelum kami teruskan dengan aktiviti lain, iaitu Camping di perkampungan orang Asli. 



Nantikan entry aktiviti 'Camping'. 

Boleh jugak klik entry dibawah:



Terima kasih juga para penaja 

HanRainforestResort : Penaja penginapan, transport, aktiviti dan makan minum. 

Camelus : Produk berasas susu unta. 

Cosmoderm : Penaja produk penjagaan diri. 

YeosMalaysia : Penaja Minuman Berperisa. 

MinumPranJuice : Penaja Minuman Berperisa. 

HeroesManWashbyNanafaBeauty : Penaja Produk Penjagaan Kesihatan Lelaki



Till Next Entry ye!!!

Salam Sayang

Labels: , , , , ,