YanieYusuf dalam Majalah Mingguan Wanita

Assalammualaikum w.b.t

Abah Pelanggan Setia Majalah Mingguan Wanita | Akhirnya tercapai hajat nak beraksi dalam Majalah Mingguan Wanira tau. Mrsyanie dibesarkan dengan sumber bacaan Mingguan Wanita setiap keluaran Majalah Mingguan Wanita mesti Abah tak pernah ''miss'' untuk beli. Almaklumlah adik-beradik Mrsyanie semuanya puteri-puteri, jadi abah belikan Majalah Mingguan Wanita untuk bacaan kami. Macam pelik pula kan kenapa beli Majalah Mingguan Wanita? 



Majalah Mingguan Wanita


Siapa kata lelaki tak boleh beli Majalah Mingguan Wanita. Abah memang pelanggan tetap Majalah Mingguan Wanita, kiranya tak pernah lupa untuk beli tau. Bagi abah banyak input yang korang boleh dapat dalam Majalah Mingguan Wanita khususnya buat wanita. Oppss bukan wanita sahaja tetapi kaum lelaki pun boleh juga kerana ilmu itu luas dan sekurang-kurangnya korang akan memahami wanita dengan sumber bacaan dalam Majalah Mingguan Wanita. 

3 konsep mengikut peredaran zaman
Gambar diatas anatara yang sempat Mrsyanie jumpa muka depan majalah yang berbeza dan mengikut peredaran. Tengoklah koleksi abah Mrsyanie dibawah, penuh satu almari tau. Memang pengumpul setia Majalah Mingguan Wanita ni.


YanieYusuf dalam Majalah Mingguan Wanita


Tak sangka pula rezeki Mrsyanie untuk beraksi dalam ruangan ''makeover'' Majalah Mingguan Wanita. Episod Mrsyanie keluar pada keluaran Februari yang lepas, tapi bulan Mac baru nak cerita kan. Teruja jugak lah MakAbah Mrsyanie sebab anak dia masuk dalam salah satu ruangan Majalah Mingguan Wanita, tambahan pula memang dah menjadi pelanggan tetap Majalah Mingguan Wanita. Terima kasih kepada Blogger Yaya Cendana dan tak lupa juga LizArissa Adam editor Majalah Mingguan Wanita sebab bagi peluang kepada Mrsyanie dalam ruangan 'Makeover'. 


Peneman setia, sampai nak terlena Mrlaling tunggu habis photoshoot tau. 



Pada mulanya agak ragu-ragu jugak lah nak terima tawaran Yaya Cendana untuk photoshoot ni. Yelah selalunya dalam majalah semua nak model yang slim melim lah, agak jarang ada yang nak model chubby kan (bukan kata tak ada tapi jarang). Tapi bila dah diyakinkan dan editor pun kata itu tiada masalah, lega jugak lah hati ini. Sekurang-kurangnya mereka berjaya untuk mengubah perspektif pandangan Mrsyanie dan buatkan Mrsyanie lebih yakin. 

Terima kasih 

Magazine : Mingguan Wanita
LizArissa Adam

Kumpulan Media Karangkraf


MUA : Norezz Idris
Photographer : @remyothman
Tajaan Shawl : Anis Al Idrus Wardrobe


Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

Labels: ,