Anugerah Untuk Blogger 2016? APO?

Assalammualaikum w.b.t

Anugerah Untuk Blogger? APO | APO adalah singkatan dari Anugerah Pilihan Online 2016 dianjurkan bersama oleh mStar Online dan Suria FM.  APO 2016 telah mencalonkan 18 kategori. Hanya 17 kategori sahaja yang mempunyai undian awal, paling menarik bila salah satu kategori yang dijalankan adalah kategori Blog Pilihan Online. Bangga tau bila ada anugerah blog ni, jadi lebih semangat untuk berblog tau.



Anugerah Pilihan Online 2016


Anugerah Pilihan Online 2016 merupakan anugerah pilihan ramai dalam pelbagai bidang yang dicalonkan bertujuan mengiktiraf personaliti–personaliti tanah air merangkumi bidang hiburan, sukan, fesyen, blogger dan mereka yang terlibat dalam perniagaan. 


Ben Ashaari dan Emas Putih Tercalon Dalam APO 2016


Bangga menjadi salah seorang ahli keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari tau. Sekali 2 orang wakil Kelab Blogger Ben Ashaari tercalon dalam top 5 bagi kategori Blog Pilihan Online tau. Jadi Mrsyanie nak ajak korang semua undi mereka. 

Caranya mudah sangat.

1.Masuk ke laman web: http://apo.mstar.com.my/undi.aspx
2. Login dengan menggunakan facebook atau google atau twitter. 
    Korang boleh undi 3 kali sehari dengan menggunakan akaun ketiga-tiga tadi.
3. Pilih kategori ke 15 iaitu Blog Pilihan Online.
4. Undi Ben Ashaari.


Terima kasih korang undi, ingat tau setiap hari korang boleh undi mereka. Boleh 3 kali undian tau sehari dengan menggunakan facebook, google dan twitter. 

Undi setiap hari tau!!!



Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

Labels: ,