Jom Klik

FEED EFG

Menarik Hi-Tea Vivatel Kuala Lumpur

Assalammualaikum w.b.t

Menarik Hi-Tea Vivatel Kuala Lumpur | Mrsyanie jarang nak pergi hi-Tea yelah selalunya menu yang disediakan agak biasa berbanding dengan dinner. Tetapi kali ini Mrsyanie sangat puas hati dengan Hi-Tea yang disajikan di Hotel Vivatel Kuala Lumpur. Dengan nama cafe Retro sangat memukau keunikkan deko cafe dan konsep hidangannya.

hotel viva, hotel vivatel, vivatel kuala lumpur

Hi-Tea Vivatel Kuala Lumpur

Hotel Viva atau lebih dikenali dengan Vivatel yang terletak di Jalan Loke Yeow, Kuala Lumpur. Punya lah Mrsyanie keluar awal, takut sesat nak ke Vivatel tapi bila waze aik dekat je dari bandar Kuala Lumpur. Tak sampai 10 minit dari Dataran Merdeka tau. 


Sampai sahaja hotel Mrsyanie agak teruja dengan suasana dan susun atur hotel, sangat cantik dan exclusive. Haih teringin pulak nak chek in bersama Mrlaling kat sini, ermm nanti akan dipikirkan. Disebabkan awal Mrsyanie pun apa lagi layan bergambar dengan Kak Mas, fefeling exclusive gitu. 



Pengiktirafan Sijil Halal


Mrsyanie bersama rakan blogger KBBA9 diperkenalkan dengan Ketua Chef Retro cafe iaitu Chef Ashar. Seorang chef yang sangat peramah dan berpengalaman dalam dunia masakan, tak kira samada masakan barat mahupun asian. Konsep sajian disini bukan tertumpu pada satu tetapi dipelbagaikan jenis masakan, terdapat masakan Melayu, Chinese, Italian dan sebagainya. Adakah hidangan disini Halal? Semestinya HALAL dan dijamin kebersihannya. Jadi korang boleh merasai pelbagai juadah dan konsep sajian disini, mau teruja Mrsyanie. Tak tahu nak ambil yang mana satu ni. hihi








Bertambah menarik Hi-Tea disini, korang boleh pilih laut seperti ikan, ayam, puyuh atau sebagainya untuk digoreng segera. Boleh makan secara panas-panas dan ianya menjamin kesegaran rasa ikan dan ayam tadi. 














Menu yang menjadi pilihan Mrsyanie nasi ulam dengan sambal belacan dan ikan goreng panas-panas. Lagi tambah berselera Mrsyanie makan tau dan campur beberapa jenis makanan lain. Nasi lemak pula lain dari yang lain, nasi lemak hijau gitu super sedap!






Banyak lagi yang Mrsyanie makan tau tapi tak sempat ambil gambar dah kena ngap hihi. Memang sedap dan puas hati, berbaloi dengan harganya.

Hi-Tea Hujung Minggu & Harga


Hi-Tea disini hanya disediakan untuk hujung minggu sahaja tetapi jika ada permintaan dari pihak pelanggan, mereka boleh sediakan tertakluk kepada syarat yang ditetapkan. Harga pula paling best dengan sajian yang pelbagai hanya RM48.00 seorang dan ada prmosi lagi, korang bawa 5 orang akan dapat tambahan 1 orang percuma (kiranya datang 6 orang bayar untuk 5 orang). Lepas itu korang bahagilah sama rata dengan kawan-kawan. hihi Bagi yang berkeluarga anak-anak bawah 6 tahun juga percuma. weee best!!


Tak sabar Mrsyanie nak bawa Mrlaling merasainya pula dan nak ajak untuk lepak kat Vivatel, 1 malam pun ok gak ni. Korang mana yang nak merasai kelainan makan tengahari atau nak buat sambutan hari istimewa boleh untuk mencuba Hi-Tea di Retro Cafe Vivatel Kuala Lumpur. Bagi hari biasa, untuk lunch pun ada set dengan harga RM15.00 sahaja termasuk minuman. 


Untuk maklumat lanjut:

Vivatel Kuala Lumpur


Alamat: No 85, Jalan Loke Yew, 55200 Kuala Lumpur
              (waze: Vivatel Kuala Lumpur)

No Tel: 03 9205 8888



Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

9 comments:

  1. nampak sedap. banyak choice. bole cuba nanti :)

    ReplyDelete
  2. Wah nak ajak laling yer. ajak la kita sama.

    ReplyDelete
  3. Duk teringat lagi puyuhhh goreng sedappp

    ReplyDelete
  4. makanan sedap, tempat selesa dan harga pun berpatutan.. wajib bwk family ni

    ReplyDelete
  5. Sedapnya nampak, duk telan air liur ja,hihi.Banyak pilihan!

    ReplyDelete
  6. Murah hitea dia.blh suggest dkt ckg2 sekolah ni

    ReplyDelete
  7. Makanan banyak pilihan.. puas hati

    ReplyDelete
  8. wah! harga mampu milik ni. kalau sesekali 'makan besar' boleh la. thank you for sharing

    ReplyDelete

FANPAGE

back off