Jom Klik

FEED EFG

Nasi Ketuk dengan Shell Collaboration | Koboy D'Rimba Cafe

Assalammualaikum w.b.t

Nasi Ketuk dengan Shell Collaboration | Koboy D'Rimba Cafe | Ingin dekat Kuala Lumpuer dan Selangor je yang femes dengan shell out ni. Rupanya dekat Ipoh, Perak pun ada. Teruja jugak lah Mrsyanie nak mencubanya. Sedap ke tak ye?


Koboy D'Rimba Cafe


Kali ini food hunter Mrsyanie bersama dengan keluarga kakak Mrsyanie dan lokasinya di Ipoh. Abang ipar yang cadangan makan di Koboy D'Rimba Cafe. Disini mereka menawarkan menu Nasi Ketuk dengan Shell Collaboration sahaja. Tiada makanan lain? Tiada, hanya Nasi Ketuk dengan Shell Collaboration menjadi pilihan pelanggan disini. 
 



Nasi Ketuk dengan Shell Collaboration 



Terkejut jugak Mrsyanie sampai je penuh dan tak nampak meja kosong kecuali yang ada tempahan awal. Nasib baik lah abang ipar tempah siap-siap sebab dah tahu memang full house di sini. Waktu nak order tu, tengok menu aik tak akan tak ada masakan makanan lain. Tanya dan pelayan disitu kata hanya Nasi Ketuk dengan Shell Collaboration.  


Paling best bila Shell Collaboration ditawarkan dengan pembelian 1 set dengan harga RM 25.00 dan percuma 2 minuman (air sirap). 1 hidangan boleh dimakan untuk 2-3 orang dan bilangan nasi ketuk pula terpulang kepada pelanggan (harga berasingan).



Mrsyanie order 2 set bagi puas makan dan 4 nasi ketuk hihi Pelik jugak kenapa diberi nama nasi ketuk? rupanya bila di nak letakkan nasi diatas meja berlapik, pelayan yang hantar akan ketuk bagi nasi tu keluar dari bekasnya. 



Tak lepas lagi dari kejutan birthday boy hihi Mrsyanie dah pakat dengan kakak dan abag ipar untuk belikan kek birthday. Dapat juga kek birthday tau, sebab sambutan pertama hanya dengan pulut kuning (baca sini). Cadang nak suruh anak buah nyanyikan lagu birthday tapi malu pulak Mrlaling, katanya orang dok tengok hahaha. ok lah potong kek secara simple jew. 



Rasa masakan Shell Collaboration lain dari yang lain. Kuahnya sedap dan agak pedas sedikit sangat selesa dengan citarasa Mrsyanie. Shell Collaboration dinamakan kerana gabungan makanan laut dengan beberapa jenis sayur-sayuran antaranya cendawan, jagung dan sebagainya. Memang aumm sedap!!

Dengan trademark nya: Nak tau power ke dak...mai la try rasa. Sedap hingga menjilat siku......habaq hangpa!!!


Untuk maklumat lanjut:

Koboy D'Rimba Cafe


Alamat: No 14, Jalan SCI 1/4, Dataran Sunway, 
            Taman Rekreasi Tambun, 31150 Ipoh, Perak.

No. Tel: 017-552 5265

Facebook: Koboy D'Rimba Cafe





Till Next Entry ye!!!

Salam Sayang

4 comments:

FANPAGE

back off