Jom Klik

FEED EFG

Tidak Mengecewakan Masakan Western | Pekan Station Kampung Baru

Assalammualaikum w.b.t


Tidak Mengecewakan | Pekan Station Kampung Baru | Sanggup Mrsyanie lepak Kuala Lumpur bila diajak oleh rakan blogger KBBA9 semata-mata untuk merasai sendiri keenakkan western dari Restorant Pekan Station tau. Inilah restorant pilihan food hunter Mrsyanie minggu ini, dengan bertemakan masakan barat. Nyum nyum.. 



Pekan Station Kampung Baru

Memang semua kaki makan nya hihi Walaupun kami memang tahu kalau kat Kampung Baru memang payah dapat parking, demi makanan western yang menjadi sebutan ramai sanggup kami redah.


Rezeki kami malam tu dapat parking dekat dengan restorant. Sampai je tergamam seketika sebab ramainya orang. Kalau tengok dari luar kedai ianya kelihatan biasa sahaja tetapi meja yang disediakan semua penuh dengan kehadiran pelanggan Pekan Station. Patutlah ada yang bagitahu kalau nak datang mesti booking tempat dahulu. Nasib baik dah disediakan meja tempahan untuk kami. 


Mrsyanie dapat tahu dari pemilik restorant, Pekan Station telah bertapak di Kampung Baru dari awal tahun 80an lagi. Ianya telah diusahakan oleh ayah pemilik dan kini telah diwarisi kepada pemilik (anak pengusaha).

Tengok menu memang teruja Mrsyanie nak order tau. Tak tahu lah nak pilih yang mana, jom tengok menu yang ada di Pekan Station Kg.Baru.


Disebabkan kami datang beramai, kami plan masing-masing order lain-lain menu. Dapatlah kami rasa setiap menu yang ada di Pekan Station Kg.Baru. hihi Sepanjang Mrsyanie lepak di Pekan Station setiap meja penuh, setiap pelanggan bersilih ganti untuk merasai keenakkan western yang disajikan.

Menu Utama Pekan Station


Mix Grill

Mix Grill – RM16.00

Beef Steak

Beef Steak – RM14.00

Chicken Bleu

Chicken Bleu – RM12.00

Fish & Chips

Fish & Chips – RM10.00

Lamb Chop

Lamb Chop – RM16.00

Chicken Grill

Chicken Grill – RM11.00 

Chicken Grill Pasta

Chicken Grill Pasta – RM11.00 

Mix Grill Pasta

Mix Grill Pasta – RM16.00

Menu Sampingan Pekan Station


Selain dari menu utama, Pekan Station juga menyediakan menu sampingan. Antara yang menjadi pilihan kami:

Chicken Boxing (7pcs) – RM8.50
Mushroom Soup – RM4.00
Meatballs (10pcs) – RM5.00
Potato Salad – RM3.50

Chicken Boxing (7pcs),Mushroom Soup, Meatballs (10pcs),Potato Salad

Rasa setiap masakan western memang sangat sedap terutamanya Chicken Bleu dan Chicken Boxing, patutlah memang sanggup pelanggan tunggu meja kosong untuk menikmati masakan western disini. Mrlaling pun puas hati dan habis licin dia makan menu pilihan dia iaitu Lamb Chop. 

Terima kasih Abg Lan ambilkan gambar hihi

Kuantiti sajian memang banyak dalam 1 pinggan dan puas makan. Harga pula tidak mahal dan bagi Mrsyanie ianya murah kerana tidak setanding dengan kuantiti yang disediakan. Mana nak dapat kuantiti banyak dengan harga yang mampu milik. Harga menu utama bermula RM7.00 sehingga RM16.00, manakala menu sampingan RM2.50 sehingga RM8.50.

Perkhidmatan Penghantaran


Menarik buat pelanggan yang inginkan merasai keenakkan western dari Pekan Station tetapi tidak sempat untuk ke restorant? Korang boleh membuat pembelian secara delivery. Diorang akan hantar terus ke lokasi korang tau tapi hanya untuk kawasan sekitar Kampung Baru, Hospital Kuala Lumpur (HKL), Pusrawai dan KBMC.

Paling best diorang boleh hantar terus ke wad sekiranya berada di lokasi yang Mrsyanie bagitau tadi. Penghantaran percuma dijalankan bagi pembelian RM30.00 keatas dan tertakluk kepada Pekan Station.

Waktu operasi dan pengumuman


Waktu operasi Pekan Station bermula jam 6.00 petang sehingga 1.00 pagi dan dibuka setiap hari kecuali pada hari Khamis (tutup). Selain itu, korang juga boleh dapatkan sebarang info lanjut tentang promosi, diskaun atau waktu operasi di laman media sosial Pekan Station. 


Untuk maklumat lanjut:

Pekan Station, Western Food,  Kampung Baru


Alamat: Pekan Station 61, Jalan Raja Uda, 
             Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, 
             Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
             (Waze : Pekan Station Western Food)

No Tel: 010 796 0648

Facebook : Pekan Station Instagram : @pekanstation
Website: www.pekanstation.my



(Sumber gambar lain dari: http://lancareno.com)


Till Next Entry ye!!!

Salam Sayang

4 comments:

  1. rajin yanie jjcm..aummmm sedap2 nya makanan sini

    ReplyDelete
  2. menggoda betul semua gambar makanan. selalu jugak lalu, tapi tak pernah singgah lagi. betul lah, kg baru mmg payah parking T_T

    ReplyDelete
  3. Craving the food once seeing those yummy meals. Arghhh

    ReplyDelete
  4. dah lama x pi makan kat kg baru. mcm best je

    ReplyDelete

FANPAGE

back off