Jom Klik

FEED EFG

Ho Chi Minh City | Vietnam | Day 3 | Restaurant Ah Mad Kamarudin

Assalammualaikum w.b.t

Ho Chi Minh City | Vietnam | Day 3 | Restaurant Ah Mad Kamarudin | Setelah puas melihat kraftangan yang dibuat dari kulit telur dan tiram di Handicapped Handicrafts factory, kami dibawa pula ke Củ Chi tunnels. Ianya merupakan sebuah lokasi peperangan yang bersejarah buat Vietnam dan dunia. Sebelum kita melawat lokasi sejarah, tour guide kami telah sediakan tempahan makanan untuk kami makan tengahari di sebuah restoran yang diberi nama Restorant Ah Mad Kamarudin. Kami perut kenyang dulu baru seronok nak jalan dan pelajari sejarah.hihi


Restorant Ah Mad Kamarudin, Vietnam



Kenapa Mrsyanie nak kongsikan jugak lokasi makan tenghari ini kerana ianya adalah salah sebuah restoran halal yang terletak berhampiran dengan Củ Chi tunnels. Ianya seperti persinggah rehat sebelum atau selepas korang melawat Củ Chi tunnels. 




Tengok atas meja itu telah disediakan pinggan atas tempahan yang telah dibuat. Tak payah susah korang nak cari makanan halal jika ke Củ Chi tunnels tau. Disini juga disediakan bilik solat dan tandas yang selesa. Bagi bilik solat wanita disediakan bilik air khas bagi memudahkan kami mengambil wuduk. Kebanyakkan restoran, jika mengambil wuduk korang kena ke bilik air belakang, bila ada dalam bilik solat kan senang khususnya bagi kaum wanita untuk bersolat. Wifi free pun ada tau, leh kasi updated media sosial tau hihi..

Jom tengok menu yang telah disediakan buat kami.




Masakannya memang sedap dan kena dengan tekak Mrsyanie. Tambahan pula ayam goreng rempah dan Ikan kerabu Mangga yang disediakan pun sedap dan memikat selera Mrsyanie tau. Datang Củ Chi tunnels jangan lupa singgah makan di Restorant Ah Mad Kamarudin, Vietnam. Nak booking korang leh call no yang tertera di bawah

Untuk maklumat lanjut:

No Tel: 0903 878 457 atau 0901 449 567


Boleh jugak klik entry dibawah:



Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang


3 comments:

  1. sedapnya sayurrrr.. teman giler sayurr

    ReplyDelete
  2. tak pernah sampai vietnam lagi. harap ada la rezeki nak ke sana

    ReplyDelete

FANPAGE

back off