Jom Klik

FEED EFG

Berbasikal Aktiviti Honeymoon Yang Sihat | Hotel Oriental Star Lumut

Assalammualaikum w.b.t

Berbasikal Aktiviti Honeymoon Yang Sihat | Hotel Oriental Star Lumut | Lama dah tak berbasikal, boleh ke Mrsyanie mengayuhnya?? Trip honeymoon kali ini sangat berbeza dari trip yang selalu Mrsyanie lakukan. Kali ini lebih kepada aktiviti sihat tetapi tetap memberikan satu pengalaman indah bagi kami.

Hotel Oriental Star Lumut


Berbasikal Aktiviti Honeymoon Yang Sihat 


Sebenarnya honeymoon tidak semestinya perlu bajet yang mahal, tambahan pada pasangan pengantin baru. Yelah majlis kahwin pun dah keluarkan bajet yang mahal, jadi korang boleh rancang honeymoon bajet. Lepas dah kukuh kewangan boleh lah korang nak honeymoon bajet mahal pulak kan. 

Sewa basikal dengan Hotel Oriental Star murah je, mulanya ingat mahal rupanya hanya RM5.00 sejam. Tak pelah kami pun cadang sewa 2 jam untuk 2 basikal. Dalam jam 5.00 petang kami turun ke lobby hotel untuk ambil basikal. Basikal yang disewa khas untuk pelanggan hotel sahaja tau. 

Hotel Oriental Star Lumut

Hotel Oriental Star Lumut

Kami berbasikal disekitar persisiran jetty lumut sehingga Muzium Kapal.  Cantik pemandangan laut Lumut, bila matahari terbenam lagi cantik. Sangat seronok tambahan kita beriadah bersama orang yang kita sayang kan.

Hotel Oriental Star Lumut

Hotel Oriental Star Lumut

Sambil lihat pemandangan, seronok jugak tengok orang memancing. Tambahan anak-anak kecil yang memancing ikan. Seronok tengok, kami tunggu jugak kot dapat ikan, nak tengok. Tapi bukan luck kami jadi kami teruskan kayuhan basikal hingga ke Muzium Kapal.

Hotel Oriental Star Lumut

Hotel Oriental Star Lumut

Hotel Oriental Star Lumut

Hotel Oriental Star Lumut

Fuh penat jugak berbasikal walaupun ianya aktiviti yang santai. Sambil berbasikal melihat keindahan ciptaan Tuhan. Alhamdulillah sangat rindu nak bercuti lagi. Lepas dah kepenatan berbasikal, kami pun pulang semula basikal di lobby hotel. Paling untungnya, kami tak kena bayaran untuk sewa basikal sebab tak sampai pun 1 jam sewaan kami. Lagaknya nak berbasikal 2 jam, sekali tak sampai 1 jam pun. 

Hotel Oriental Star Lumut

Lepas tu kami terus ke Gym hotel tapi peralatan yang disediakan tak banyak. Mrsyanie tolong tengok jelah ye Mrlaling bermain gym. hihi Bagi Mrsyanie tak semestinya aktiviti mahal itu yang indah, korang boleh buatkan sepuya ianya lebih mahal dari wang ringgit. Kenangan itu lah sebenarnya pakej honeymoon yang mahal tau.

Jom kita kira bajet trip honeymoon birthday Mrsyanie setakat ini:

Minyak dari Ipoh ke Lumut                   : RM 25.00
Penginapan 1 malam Hotel Oriental Star: RM 156.90
Sewa basikal                                       : FOC



Boleh jugak klik entry dibawah:




Till Next Entry ye!!!

Salam Sayang

6 comments:

  1. wow... seronoknya sis naik beskal tepi laut...

    ReplyDelete
  2. cantik kan sekitar hotel ni yanie...akak dok teringat tak habis karang lagi tau cerita ni...hehhehe

    ReplyDelete
  3. Lama tak berbasikal..best yanie..romantik je akk tgk

    ReplyDelete
  4. lamanya tak naik basikal. entah boleh balance badan lagi ke idok T_T

    ReplyDelete

FANPAGE

back off