Gelendangan Atau Miskin Kota?

Assalammualaikum w.b.t

Gelendangan atau Miskin Kota? | Mungkin ramai yang tidak pernah dengar istilah miskin kota? Dan Mrsyanie juga antara salah sorang yang tidak pernah tahu istilah miskin kota. Apa pula beza miskin kota dengan gelandangan? Paling mendapat perhatian di media adalah golongan gelandangan tetapi adakah korang tahu bahawa miskin kota juga perlu mendapat perhatian oleh pihak yang berwajib.


Mendekati golongan Gelendangan dan Miskin Kota

Mrsyanie berkesempatan dalam menyertai misi membantu orang gelendangan dibawah anjuran Pasukan Amal GSL dan turut serta ahli Kelab Blogger Ben Ashaari. Teruja dan takut pun ada sebenarnya sebab pertama kali turut serta dalam aktiviti amal waktu malam. Banyak yang Mrsyanie pelajari dan membuka mata Mrsyanie. Insaf pun ada, yelah selalu kita rasa kesempitan kewangan rupanya masih ada lagi yang sangat memerlukan.


Kami berkumpul di Pusat Transit Gelendangan Kuaa Lumpur yang terletak di Jalan Pahang, Kuala Lumpur. Selalu je lalu area situ tapi tak pernah tahu ada rupanya Pusat Transit Gelendangan yang disediakan. Sampai sahaja kami, memang ramai orangnya. Menurut sumber memang kalau hari minggu ramai datang memberi sumbangan. Kami pun mulakan membantu dalam membuat pack untuk memudahkan pemberian sumbangan kepada mereka. Oleh kerana di Pusat Transit telah ramai yang memberi sumbangan malam itu, pihak GSL buat keputusan untuk membuat agihan di lokasi sekitar Kuala Lumpur.


Gelendangan


Setibanya kami, ramai gelendangan datang dan agihan dimulakan. Perasaan pada mulanya agak takut kerana ada yang datang dalam keadaan mencurigakan. Tapi Mrsyanie lupakan pikiran negatif dan niatkan dalam hati kita membantu dan mewakilkan dari orang yang memberi sumbangan. 

Satu yang Mrsyanie agak tergamam dengan sikap diorang. Apa yang Msryanie nampak, sampai ada yang berebut untuk mendapatkan bantuan dan ada juga yang dah dapat tapi masih kata belum dapat. Sifat ketamakkan juga Mrsyanie dapat lihat. Ada juga yang marah kerana tidak dapat. Nasib baik keadaan dapat dikawal oleh pasukan amal GSL.

Miskin Kota


Mrsyanie dan rakan juga dibawa mendekati satu kumpulan yang berada di belakang bangunan. Mrsyanie sangkakan itu adalah golongan gelendangan tetapi sangkaan Mrsyanie salah, mereka dipanggil miskin kota. Itulah pertama kali Mrsyanie dengar golongan miskin kota dan ianya wujud di Malaysia. Apa yang membezakan gelendangan dengan miskin kota? Miskin kota adalah golongan yang mempunyai pekerjaan tetapi kewangan gaji bulanan masih belum mencukupi untuk menampung sara hidup di kota. 


Sempat Mrsyanie berbual dengan salah seorang kakak disini, Mrsyanie bertanya adakah mereka tidur disini.Mereka masih mempunyai tempat berteduh samada rumah mahupun bilik sewa. Dia menceritakan bahawa dia hanya mampu untuk menyewa bilik sahaja dan terpaksa berkongsi bilik air secara ramai. Bayangkan kakak ini mempunyai anak yang berusia 7 bulan tinggal di bilik sewa sahaja. Katanya lagi, gaji suami hanya RM900.00 mana mampu untuk menyewa sebuah rumah yang rata-rata sewanya RM800 keatas setiap bulan.

Mrsyanie bertanya apa diorang buat disini? Dia memberitahu bahawa mereka disini diajar kemahiran seperti menjahit dan sebagainya untuk menambahkan pendapatan. Mereka disini bersama menjahit anak patung  hasil dari tunjuk ajar cikgu (salah seorang sukarelawan) dan ada juga yang menjahit manis gelang. 

Tujuan NGO ini membantu dalam memberi mereka satu ruang dan peluang dalam meningkatkan ekonomi keluarga. Ianya ibarat memberi pancit untuk mereka memancing. Jika mereka inginkan duit poket lebih, diorang boleh usahakan menjahit anak patung atau gelang lebih banyak. Selain itu, ada juga NGO yang datang mengajar mereka dan anak-anak mengaji mengikut hari yang ditetapkan. Ada juga kelas tuisyen buat anak-anak yang masih bersekolah.


Mrsyanie bangga dengan diorang yang dikatakan golongan miskin kota. Sanggup membawa anak beratapkan langit dikala malam untuk mencari duit poket sampingan. Mrsyanie juga diterangkan oleh salah seorang sukarelawan disini, mereka lebih baik dari golongan gelendangan. Kerana mereka tidak hanya menunggu bantuan tanpa usaha, mereka ada satu usaha dalam meningkatkan ekonomi keluarga mereka. 

Ada sesetangah golongan gelendangan agak kurang sikap dalam cuba untuk berusaha mencapai kehidupan yang lebih baik, bagi mereka lebih baik tunggu sahaja pasti ada yang datang untuk memberi makan dan minum.

Mrsyanie tidak salahkan mana-mana pihak dalam memberi pertolongan kerana niat mereka adalah baik dan setidak-tidaknya kita cuba untuk membantu. Harap lepas ini lebih ramai yang membantu mereka bergelar miskin kota atau gelenfangan yang betul-betul inginkan perubahan dengan usaha mereka.

Anak patung hasil dari jahitan warga miskin kota
Insya-Allah apa yang termampu kini, Mrsyanie akan membantu dalam mempromosikan laman facebook NGO yang menjual hasil seni warga miskin kota ini. Banyak yang Mrsyanie pelajari malam itu, dan bertuah kerana tidak diuji sebegitu. Terpikir adakah Mrsyanie kuat menghadapinya jika berada di tempat mereka. Renungkan!



Till Next Entry ye!!!

Salam Sayang

Labels: , ,