Jom Klik

FEED EFG

Hari Terbuka Felda D'Saji

Assalammualaikum w.b.t

Hari Terbuka Felda D'Saji | Pertama kali Mrsyanie dapat turut serta dalam memeriahkan lagi Hari Terbuka Felda D'Saji. Felda D'Saji memang dah terkenal dengan katering dan lokasi menarinya. Mrsyanie selalu dengar katering Felda D'Saji. Kalau di tempat kerja, untuk VVIP mesti ambil katering dengan Felda D'Saji tau. Bila Felda D'Saji akan mengadakan hari terbuka memang ternanti-nanti bukan sahaja Mrsyanie tapi juga bakal pengantin tau.


Hari Terbuka Felda D'Saji

Ini kerana Felda D'Saji akan membuat prmosi besar-besaran khas buat bakal pengantin tau. Dari segi pakej lengkap seperti katering, dewan, pelamin dan sebagainya. Bakal pengantin hanya perlu pikir 5 perkara je kalau ambil pakej dengan Felda D'Saji iaitu baju pengantin, cetakan kadkahwin, jurugambar, goodies, dan PA system. Untungnya lah haih sekarang kan, time Mrsyanie dulu jenuh cari satu-satu untuk lengkapkan majlis. 


Antara lokasi yang disediakan oleh Felda D'Saji:
  • Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak 
  • Dewan Merak Kayangan, Jalan Semarak 
  • Dewan Besar Tun Rahah 
  • Dewan Gemilang, Kelana Jaya 
  • Dewan Banquet Menara Felda 
  • Asmara Penchala, Kg Sg Penchala (Balinese concept) 
  • Orchard Villa, Gombak (Taman Pertanian) 
  • Kajang Perdana Avenue, Kajang 
  • Dewan D’Mahligai, Puncak Jalil 
  • Felda Villa Kuala Lumpur (Garden Concept) 
  • Casa Heliconia, jalan Semarak (Garden Concept) 
  • D’Saji KL Titiwangsa (Restoren Terapung)




Kenapa bakal pengantin pun tunggu Hari Terbuka Felda D'Saji?


Harga pun tak mahal dan sangat berbaloi dengan serendah RM38 seorang untuk pakej yang lengkap. Di hari terbuka Felda D'Saji korang boleh dapatkan harga potongan lagi, contoh pakej RM38.00 seoranag tetapi booking sewaktu hari terbuka korang boleh dapat dengan pakej RM35.00 seorang je tau. Untung RM3.00, cuba korang kira darab dengan seribu orang dah untung RM3000.00. Tambahan lagi korang akan dapat seekor Kambing golek dan Teh Tarik untuk 300 orang secara percuma. 

Menu yang dihidangkan memang sedap dan menyelerakan. Satu kepuasan dapat menikmati menu dari Felda D'Saji. Tak caya? nah Mrsyanie bagi gambar untuk tatapan korang hihi






Sewaktu hari terbuka, bukan sahaja dapat rasa masakan katering Felda D'Saji malah terdapat jugak booth kecil untuk keperluan lain untuk majlis bahagi korang tu. Korang kalau pening sangat nak suruh Felda D'Saji urusan semua pun boleh.



Korang kena rujuk dengan Felda D'Saji tau untuk dapatkan lebih lanjut. Mana tau ada lagi hari terbuka atau promosi hebat yang Felda D'Saji sediakan. Untung nye bakal pengantin sekarang tak payah nak pikir rumit-rumit. Boleh pikir pakej honeymoon terus lak eehh..hihi



Untuk maklumat lanjut:

Felda D'Saji


Alamat: Felda D'Saji Sales & Marketing Office,
            No. 2 Jalan Maktab 6, 54000 Kuala Lumpur
No Tel : 03-2698 8302
No Fax : 03-2694 4159




Till Next Entry ye!!!

Salam Sayang

2 comments:

FANPAGE

back off