Jom Klik

FEED EFG

Kecewa : Filem Redha Tidak Mendapat Sambutan?

Assalammualaikum w.b.t

Kecewa : Filem Redha Tidak Mendapat Sambutan? | Kenapa filem Redha, filem tempatan kurang mendapat sambutan? Pengarah hebat Tunku Mona Riza kecewa filem Redha kurang mendapat sambutan? Adakah rakyat Malaysia kurang meminati filem tempatan? Terpikir kenapa filem Hindustan lebih mendapat sambutan berbanding dengan filem yang membawa seribu pengharapan?.


Filem Redha (Beautiful Pain)


Filem Redha merupakan sebuah filem drama arahan Tunku Mona Riza yang berkisarkan tentang sebuah keluarga yang mempunyai seorang anak autistik (autisme). Sempena bulan autistik, filem Redha ditayangkan bermula 14 April yang lepas. Filem ini membawa masyarakat untuk mengenal dan memahami kanak-kanak yang mengalami autistik. 


Sebuah filem drama yang berkisarkan tentang sebuah keluarga yang mempunyai seorang anak autistik. Filem ini sedikit sebanyak mengajar masyarakat bagaimanakah cara yang betul untuk korang membesarkan, layanan dan cara didikan anak autistik. Ianya juga memberi pendedahan dan kesedaran kepada masyarakat mengenai penyakit autistik ini.


Antara pelakon utama bagi filem ini seperti Namron yang bertindak sebagai Razlan, Junainah (June) sebagai Alina, Nadia Nisaa sebagai Shasha, Remy Ishak sebagai Azim, Mak Mah sebagai Mak Jah dan Susan Lankester bertindak sebagai Katrina. Harith Haziq pula sebagai Daniel ketika kanak-kanak dan Izzyreef sebagai Daniel ketika dewasa. 

Filem Redha bukan sahaja mengisahkan tentang anak autistik tetapi diwarna-warnikan dengan unsur kekeluargaan yang ada perasaan suka dan duka. Menurut pengarah filem ini dihasilkan berdasarkan kisah besar dan pegembaraan dijalankan di Pusat Akuatik Shah Alam, Puchong dan Kuala Lumpur serta Terengganu. Jangan lepaskan peluang untuk bersama memberi sokongan buat anak-anak autisme. 


Info sampingan, jika korang nak tau:

  • June Lojong adalah isteri kepada Nam Ron
  • Wajah June Lojong seiras Nadia Nisa
  • Remy Ishak ikuti kelas renang 4 kali seminggu untuk dalami watak
  • Scene dalam air mencabar bagi cameraman dan pelakon


Till Next Entry ye!!!

Salam Sayang

4 comments:

  1. Movie ni best! Actually pada pandangan akaklah kan? Parents or parents to be should watch it. Yang bukan parents... It is something yang berbentuk ilmiah for our own knowledge... Tapi tulah... Cam biasa... Cerita cinta, cerita adaptasi memang membuak2 yang datang... Bila something thats good for knowledge... People tend macam endah tak endah... Hu hu hu

    ReplyDelete
  2. Tengok mcm best..jom tengok ramai2..mesti lg bestkan

    ReplyDelete
  3. Dah booking date,isnin nk layan dgn suami

    ReplyDelete
  4. Dah sambutan mcmtu. Redha jela. Huhuhuu

    ReplyDelete

FANPAGE

back off