Kejutan Awal Menjadi?

Assalammualaikum w.b.t



Kejutan Awal Selamat Hari Jadi | Alhamdulillah perancangan untuk buat kejutan Mrlaling menjadi. Walaupun agak ringkas tapi sangat seronok dapat gembirakan Mrlaling tau. Mulanya Mrsyanie nak buat pada 31 Mac pada hari jadi Mrlaling tapi kami plan nak bercuti. Kenalah Mrsyanie rancang semula. Macam mana nak bagi kejutan ni?

Akhirnya Mrsyanie ambil keputusan buat pada 30 Mac yang lepas, sehari sebelum birthday Mrlaling. Ini memang planning last minit punya, hari rabu Mrsyanie cuba dapatkan nombor telefon kawan Mrlaling. Yelah nak kena ada dalang nye cewah hihi.. Bab perjalanan kejutan dah selesai deal, makan pula? Nak beli kek atau nak buat makan-makan pagi. Errmm sebab last minit, tak sempat nak tempah kek dah, jadinya planning dengan Mak Mrsyanie untuk buat makan pagi. Nasib baik lah Mak dekat kan, Terima kasih Mak, sayang Mak sangat.

Menu yang dirancang hanyalah Pulut kuning bersama Rendang Ayam, tapi tak akan makan tu je. Mak kata kita buat bihun goreng, sebab buat makan pagi. Ok set dengan Mak, Balik kerja terus pergi beli barang. Tepat jam 5.00 petang keluar pejabat terus singgah kedai, yelah petang itu ada sukan pulak. Janji nak pergi dengan Mrlaling, kenalah buat dengan pantas kang ditanya kenapa balik lambat pulak. hihi. 


Kejutan Awal Selamat Hari Jadi Mrlaling 


Pada hari kejadian, 30 Mac, Mrsyanie tunggu je panggilan kawan Mrlaling. Lebih kurang jam 8.30 pagi tu kawan Mrlaling telefon. Cepat-cepat balik rumah Mak untuk standbykan makanan. Sampai je pejabat Mrlaling, kami dah siap planning nak pasang lagu selamat hari jadi bagai. Nasib baik lah kawan Mrlaling memang sempoi dan sangat membantu. Siap kawan-kawan Mrlaling kata ada meeting boss nak jumpa semua di pejabat atas. Planning terbaik diorang ni. 

Nah kasi video birthday boy terkejut hihi



video


Disebabkan tak ada kek, kita buat acara potong Pulut kuning je ye. 


Alhamdulillah kenduri kecil-kecilan selamat dijalankan, syukru dan terima kasih kepada Mak, dan kawan-kawan Mrlaling terutamanya Naim dan Abang Yus. Selamat hari jadi Mrlaling, ehhh ucapan romantik bagi face to face jelah hihi..Nantikan pula kejutan seterusnya hihi





Till Next Entry ye!!!

Salam Sayang

Labels: ,