Jom Klik

FEED EFG

Mini Cameron Highlands Garden Pahang

Assalammualaikum w.b.t

Mini Cameron Highlands Garden | Percutian Ke Pahang | Percutian kali ini ke Pahang bersama keluarga untuk ke Majlis Perkahwinan sedara Mrsyanie. Lama jugak tak pergi umah makcik kat Pahang, jadi Mrsyanie tidak lepaskan peluang untuk turut serta bersama keluarga. Perjalanan kami dari Tanjung Malim melalui Genting ikut Batang Kali, Selangor.

Pahang

Mini Cameron Highlands Garden, Pahang



Alhamdulillah perjalanan kami berjalan dengan lancar walaupun banyak kenderaan yang naik ke Genting dan ke Pahang. Dalam perjalanan kami singgah sebentar di Gohtong Jaya yang mempunyai satu kawasan rehat yang menawarkan penjualan sama seperti Cameron Highland. Ianya diberi nama Mini Cameron Highlands Garden. Mini Cameron Highlands Garden adalah rancangan ladang dan membeli-belah hasil pertanian di Gohtong Jaya, yang terletak berhampiran sebelum bandar di sepanjang jalan utama dari Karak Highway.

Pahang
Pahang

Lokasinya tidak lah terlalu besar seperti Cameron Highland tetapi suasana Cameron dapat dirasai disini. Tak sah kalu tak ada Strawberry dan sayur-sayuran segar kan. Disini juga terdapat jualan seperti di Cameron Highland cuma tidak meluas seperti Cameron Highland. Sangat sesuai untuk dijadikan satu kawasan rehat yang tenang dan damai. Tandas pun bersih dan sejuk airnya. 

Pahang
Pahang
Pahang

Nikmat betul dapat makan Strawberry coklat tau, ingat kene ke Cameron Highland je untuk dapatkan buah yang segar dan sedap. Tapi disini pun boleh dapat. Yeahh!! Siap boleh petik buah sendiri untuk dibawa pulang tapi berbaloi sangat harganya. Mrsyanie beli yang RM10.00 jelah Strawberry coklat dapat 4 cucuk (1 cucuk : 4 biji). 

Pahang

Pahang

Mrsyanie suka tengok tanaman diorang yang segar dan sangat menjadi. Penjagaan rapi dan faktor cuaca mainkan peranana penting. Nikmat tengok kehijauan sayur-sayuran dan buah-buahan yang menjadi.

Pahang

Pahang

Pahang

 Disini juga terdapat cafe Fruits & Flowers Store untuk ''megeteh'', bolehlah rehat dan hilangkan rasa mengantuk. Korang juga bukan sahaja boleh beli Strawberry tapi disini juga dijual sayur-sayuran segar dan produk yang berasaskan Strawberry  seperti aiskrim dan jem Strawberry.

Pahang

 Pahang

Pahang

Pahang

 Pahang

Pahang

Pahang

Tempat parking pun luas tau, sangat senang untuk park. Disini masih lagi ada pembinaan, mungkin untuk penambahan tarikan disini. Yang tu kene tunggu lah, nanti bila ke Pahang leh singgah lagi. Korang mana yang hendak ke Pahang melalui jalan Genting, singgah dulu untuk rehatkan diri sebelum sambung memandu ok. 


Untuk maklumat lanjut:

Mini Cameron Highlands Garden


Alamat: Mini Cameron Highland Garden, 
            Pt 17302, Mukim Bentong Gohtong Jaya, 
            69000 Genting Highlands, Pahang.

Masa operasi: 9:00 pagi - 7:00 petang



Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

7 comments:

  1. waa mcm menarik :D nk pegi la nnti

    ReplyDelete
  2. Sedaapya strawberi! ^_^
    nnakhairudin.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. comel tau mini cameron ni...rupanya kat area gohtong jaya...dah dekat dengan Genting Highland strawberyy park kan dik yanie?

    ReplyDelete
  4. Nice place. Boleh singgah ni.. Hehe

    ReplyDelete

FANPAGE

back off