Jom Klik

FEED EFG

Pakej Honeymoon Bajet | Hotel Oriental Star Lumut

Assalammualaikum w.b.t

Pakej Honeymoon Bajet | Hotel Oriental Star Lumut | Sabtu yang lepas Mrsyanie bercuti ke Lumut sempena hari jadi Mrlaling. Bagi dia berehat kejap menikmati pemandangan laut, yelah asyik kerja je kan. Kenapa Lumut? Mrlaling yang pilih untuk bercuti ke Lumut, Mrsyanie ikutkan je janji dia seronok. Teringat kembali kami honeymoon pertama di Pangkor. Memang satu pengalaman menarik sewaktu kami honeymoon, siap menangis lagi hahaa..


Hotel Oriental Star Lumut

Kenapa menangis? nanti Mrsyanie cerita lain ye. Kali ini kami malas nak ambil hotel di Pangkor sebab dah merasa kan, kami cuba pula hotel di Lumut. Banyak gak hotel yang Mrsyanie cari dan tanyakan pakej menarik. Tapi yang menawan hati mrsyanie adalah Hotel Oriental Star, betul di jetty Lumut.

Kenapa Mrsyanie kata hotel ini menjadi pilihan, kerana pertama perkhidmatan layanan mereka memang terbaik (sebelum datang dan sewaktu di hotel) dan harga sangat berpatutan. Ingatkan dekat Thailand je akan dapat hotel best dengan harga yang berbaloi, rupanya kat Malaysia juga pun ada. Jadi lepas ini buat percutian cuti-cuti Malaysia je tau hihi



Mrsyanie hanya tempah untuk 2 hari 1 malam sahaja. Tempah melalui panggilan telefon sahaja, tak perlu deposit atau pembayaran awal. Dan paling best sebab diorang boleh sediakan 'candle light dinner'. Ada jugak risik dekat website hotel tapi semua harga lebih kurang bila campur gst dan cukai lain.




Walaupun hotel ini agak berperabot lama tetapi kemudahan disini sangat selesa dan masih berkeadaan baik. Penghawa dingin pun sejuk, lena tidur hihih Jom kita tengok bilik pula..



Masuk sahaja bilik memang tak sangka besar dan luas. Kalau bawa keluarga memang sangat beruntung, cuma sewa tilam extra atau bawa je toto. Ada balkoni lagi, tapi bilik yang Mrsyanie tempah menghadap darat, boleh lah nampak sedikit pemandangan laut. Mula nak tukar tapi sebab dah penuh untuk balkoni pemandangan laut. 



Bilik air? jangan risau memang bersih dan selesa. Kalau ada tab mandi memang lagi mengancam percutian. Takpelah ini pun dah terbaik bgai Mrsyanie dan Mrlaling pun puas hati tau.


Sewaktu check in sempat jugak mata ni terbandang basikal yang diletakkan berhampiran kaunter. Tanya dekat kaunter, rupanya basikal tu untuk disewa oleh pelanggan hotel. Harga sewa pun tak mahal hanya RM5.00 untuk satu jam sahaja. Menarik kalau layan main basikal petang-petang di tepi laut kan. Kami pun tempah untuk jam 5.00 petang. Sementara menunggu jam 5.00 petang kami berehat dulu di bilik.


Hotel Oriental Star merupakan hotel 3 star tetapi perkhidmatan yang diberikan Mrsyanie bagi 5 star. Sangat puas hati! Telefon sahaja diorang pasti akan melayan kerenah pelanggan. Kali ini Mrsyanie siap tempah candle light dinner untuk birthday boy tau. Mrsyanie mahal sangat untuk candle light dinner, sekali diorang siap hantar quatation tau. Terkejut jugak, tak mahal pun memang mampu nya bajet. Nanti Mrsyanie cerita khas candle light dinner ye. Sangat sesuai jika korang nak honeymon atau percutian bersama keluarga dan harga sangat berpatutan.

Harga Bilik Hotel Oriental Star Lumut:


Bilik superior RM 156.90/day (termasuk gst)



Untuk maklumat lanjut:

Hotel Oriental Star 


Alamat: Lot 203 & 366, Jalan Iskandar Shah, 
             32200 Lumut, Perak.
No Tel: +60 5-683 3800

Website: Oriental Star 


Till Next Entry ye!!!

Salam Sayang

3 comments:

  1. ASSALAMUALAIKUM.
    SINGGAH PAGI.
    DARI ~ http://jmbelog.blogspot.my

    ReplyDelete
  2. ehh murah laa harga tu, mmg berbaloi laa bilik & hotelnya cantik. Thanks for sharing yanie, boleh masuk dalam list hotel ni

    ReplyDelete

FANPAGE

back off