Rizq Design Hasilkan Jubah Lelaki Moden

Assalammualaikum w.b.t

Jubah Raya Moden Khas Buat Lelaki | Kini fashion bukan sahaja memfokuskan kepada kaum Wanita tetapi perkembangan fashion juga turut dirasai oleh kaum Lelaki. Dahulu jika Hari Raya pasti baju Wanita lebih menyerlah berbanding kaum Lelaki kerana fashion Lelaki dahulu kurang mendapat perhatian malah design juga sama setiap tahun. Tetapi kini trend fashion Lelaki meningkat disebabkan pendedahan dan gaya moden terkini.


Rizq Design Hasilkan Jubah Lelaki Moden 


Minggu lepas Mrsyanie berpeluang untuk bertemu dengan pelakon terkenal yang lagi hensem iaitu Fazreen Rafi. Dia juga merupakan pemilik koleksi Rizq Design (RD) atau dikenali dengan koleksi Jubah Lelaki Moden dimana dia mengetengahkan koleksi lelaki yang lebih trendy dan tetap mengekalkan keunikkan Islamik.


Fazreen Rafi hasilkan koleksi Raya Rizq Design


Menurut Fazreen, Rizq Design diberi nama sempena nama anak beliau iaitu Rizqeen Humaira, Rizqin Qayyum dan Rizqin Nuwais. Design yang dihasilkan merupakan hasil rekaan beliau sendiri dan Rizqy Design juga telah beroperasi selama 3 tahun.Kini beliau telah membuah sebuah butik kilang yang terletak di Shah Alam.


Tahun ini Rizqy Design telah lancarkan satu koleksi jubah lelaki moden yang berkonsepkan seperti IP Man. Keunikkan jubah ini lebih kepada keselesaan pemakaian buat kaum lelaki kerana  rekaan yang meletakkan zip hadapan sisi (korang boleh lihat gambar dibawah). Malah material yang digunakan juga berkualiti dan bukan cutting fit. Sesuai untuk semua lapisan peringkat umur.

Model: blogger Afiq
Model: Blogger Lan Careno

Harga Jualan Jubah dan Kurta Ridz Design 


Selain dari Jubah IP Man, Rizq Design juga mengeluarkan koleksi jubah dan kurta pelbagai design yang menarik. Harga jualan bagi koleksi jubah & kurta moden bermula dari RM 109 sehingga RM 229. Terdapat 3 koleksi jubah dengan 10 pilihan warna setiap koleksi, dan 1 koleksi kurta moden dengan 10 pilihan warna.

Model: Blogger Nazlee


Special Project Bersama Hafidz Roshdi


Korang kenal tak pelakon yang tengah hot sekarang ni, Hafidz Roshdi. Siapa yang tak kenal kan, berlakon dalam drama Tundukkan Playboy itu. Rizq Design juga berkolabrasi dengan Hafidz Roshdi menghasilkan satu projek special dalam koleksi Jubah Lelaki Moden.


Mrsyanie paling suka jubah IP MAN dan kurta dari Rizq Design. Memang sangat menarik dan trendy. Agak-agak kalau Mrlaling pakai ni, aumm mengancam hensem ni hihi. Mrsyanie ada berita baik untuk korang yang nak jana duit poket untuk duit raya. 

Rizq Design OPEN DAY


Pada tarikh dibawah Rizq Design akan mengadakan ''open day'' khas buat pelanggan terutamanya para peniaga yang inginkan turut serta dalam keluarga besar Rizq Design.


Tarikh: 30 April & 1 Mei 2016
Masa: 10 pagi – 8 malam
Lokasi: Alam Avenue 2, Seksyen 16 Shah Alam



Bagi mereka yang berminat untuk menjadi agen atau dropship Jubah Lelaki Moden, dijemput datang ke butik kilang (seperti tertera di atas) untuk melihat dan merasai sendiri koleksi jubah dan kurta sempena Raya 2016.

Kelebihan agen 


Kadar keuntungan yang menarik bagi agen, bermula dari 20% sehingga 50% agen boleh mula membuat PRE-ORDER bermula 30 April 2016 dan stok dijangka tiba pada 1 Jun 2016. Jualan akan bermula pada 1 Jun 2016.



Untuk maklumat lanjut:

Rizq Design, Jubah Lelaki Moden


Facebook: Jubah Lelaki Rizq
Instagram: @JubahLelakiModen






Till Next Entry ye!!!

Salam Sayang

Labels: ,