Rugi Pergi Sepetang Bersama Blogger 2016

Assalammualaikum w.b.t

Sepetang Bersama Blogger (SBB) 2016 | Inilah pertama kali Mrsyanie join SBB tau, teruja jugak sebenarnya sebab tak sabar nak jumpa dengan ramai blogger lain dan blogger-blogger ternama. Hampir-hampir tak jadi untuk hadirkan diri sebab agak kepenatan dengan minggu sukan tempat kerja. Memang badan dah longlai rasanya, tambahan demam baru nak kebah lak tu. Nasib baik ada Biobax memberikan kesegaran pada badan dan melegakan rasa lenguh.


Sepetang Bersama Blogger (SBB) 2016 

Rugi habis kad bisnes Mrsyanie diedarkan kepada blogger yang sempat Mrsyanie bertukar kad. Tapi tak pe, itulah yang dinamakan networking. Tak kan nak simpan kad bisnes yang korang buat cantik-cantik tu kan dan Mrsyanie tak sabar pulak nak buat kad baru ni. Ada yang nak sponsor tak kad bisnes ?? haha.. Design apa yang menarik ye. Ok nanti pikir.

Mungkin ada yang tak tahu apa itu SBB, Sepatang Bersama Blogger. Ianya adalah salah satu program dibawah anjuran Denaihati Network dan tahun ini dengan kerjasama Malaysia Digital Economy Corporation (Mdec). Program yang mengumpul para blogger dan juga peluang perniagaan.


Pagi sabtu Mrsyanie keluar awal pagi takut tak sempat nak pendaftaran, walaupun penat minggu sukan gigihkan diri jugak drive ke Kuala Lumpur. Sempat Mrsyanie singgah LRT Bandaraya ambil Kak Anil, partner Msryanie hari tu. Agaknya kalau Kak Anil tak pergi, mau Mrsyanie pun takpi kot. Yang mana Kak Anil? ha gambar yang dibawah bertudung peach oren tu. hihi Ini blog dia: http://www.anilwanina.com

Blogger

Sampai je Dewan The Grand Cambell Hotel Kuala Lumpur, wah ramainya blogger yang hadir. Dalam hati terpikir, nasib baik datang dengan Kak Anil kalau tak ternganga sorang-sorang kat kaunter pendaftaran. Kami dapat meja yang berasingan tapi tak pe, tukar je. 

Dalam satu meja Mrsyanie bukan semua blogger, ada juga yang usahawan dibawah Zeeta Official. Paling seronok bila dapat satu meja dengan blogger yang memang sempoi. Terima kasih korang. Dah sampai SBB jangan lepaskan peluang untuk bergambar dengan blogger lain tau. Memang best!

blogger

blogger

blogger

blogger

Pengalaman Mrsyanie sepanjang berada di SBB 2016, satu pengalaman yang menarik kerana dapat berkumpul antara blogger, berkenalan dan bertukar pandangan. Cuma input yang diberikan dalam program SBB agak kurang menepati apa yang Mrsyanie anggarkan. Ianya lebih kepada perkongsian perniagaan dan agak sedikit bosan. Itu pandangan Mrsyanie sahaja, mungkin ada yang datang memang fokus kepada peluang perniagaan ini lah peluangnya. Tetapi tetap rasa beruntung sebab dapat berkenalan dengan ramai blogger. Ada yang sebelum ini hanya jumpa di alam maya, tapi di SBB kami dapat bersua muka dan bertukar kad bisnes.

Penaja pun banyak dan tak kurang hebatnya. Upin Ipin pun ada, dah rasa cam comel jew bergambar diapit oleh Upin dan Ipin. hihi

blogger

blogger

Inilah dia hasil yang dapat dibawa pulang dari SBB2016. Sekali lagi terima kasih kepada pihak Denaihati Network dan semua penaja dalam menjayakan satu program buat blogger berkumpul. Jumpa SBB2017 pulak tapi adakah SBB ada lagi? Kena tunggu tahun depan lah ye, harap Tuan Amir leh kekalkan program SBB ini dengan penambahbaikan input. Tak puas rasanya nak berkenalan dengan lebih ramai blogger. Cewahh..

Himpunan blogger
Nah kasi gambar ramai-ramai yang diambil oleh Firdaus Feeq , CVS Production , White Studio Project.

Till Next Entry ye!!!

Salam Sayang

Labels: , ,