Jom Klik

FEED EFG

Sekarang Kawan Sabtu Lawan

Assalammualaikum w.b.t

Sekarang Kawan Sabtu Lawan | Apa ni?? Sebenarnya bermula sabtu ini, tempat kerja Mrsyanie dan Mrlaling akan berlangsung Sukan Kakitangan antara jabatan. Mrsyanie dan Mrlaling dalam jabatan kerja yang berbeza jadinya di pejabat terpaksalah kami berlawan untuk mengejar misi masing-masing bermula sabtu ini selama seminggu.


Sukan Antara Jabatan

Mrsyanie tahun ini tak banyak menyertai sukan, mungkin sebab kepenatan usia yang meningkat. Macam tua sangat pulak rasanya huhu.. Tahun ini Mrsyanie masuk lebih kurang 4 acara termasuk perbarisan kontijen. Sepatutnya hanya 1 acara je tapi bila dah biasa dengan akttiviti sukan setiap tahun, rasa kosong lak kalau tak join. Hati ni lembut bila dipujuk huhu 

Sebenarnya sukan antara jabatan ini sangat bagus. Bukan sahaja ia merupakan satu aktiviti organisasi tetapi ianya dapat memupuk kekuatan dikalangan setiap pekerja dalam faktor kerjasama, usaha dan semangat. Selain dari salah satu senaman untuk kakitangan, sukan antara jabatan diadakan bagi mencungkil bakat dikalangan kakitangan untuk keperingkat seterusnya bagi membanggakan sesuatu organisasi. 

Jadi bila sesuatu organisasi jalankan aktiviti sukan, ianya bukan lah satu pembaziran tetapi ia juga salah satu cara untuk memberi ruang kepada pekerja dalam mengurangkan tekanan.


Jangan lupa untuk bersukan, huhu Doktor pesan suruh Mrsyanie kurangkan berat badan. Chaiyuk Mrsyanie!!


Till Next Entry ye!!!

Salam Sayang

1 comment:

FANPAGE

back off