Hadiah Hari jadi 2016 Dari Tersayang

Assalammualaikum w.b.t

Hadiah Hari jadi 2016 Dari Tersayang | Hari itu Mrsyanie janji nak kongsikan dengan korang kan hadiah apa yang Mrsyanie dapat tahun ni dari Mrlaling. Yeahh tahun ni Mrsyanie dapat hadiah Jam tangan jenama Casio Tough Solar 5208 (AD S800WH).  Memang Mrsyanie mencari jam baru gantikan dengan jam tangan Dunlop sebab nak aura baru pulak. Mrsyanie bukan lah pengumpul jam, kalau ada 1 unit jam itu mesti guna sampai ke sudah dan jam yang ada sekarang pun Mrlaling yang belikan.

Casio Tough Solar 5208 (AD S800WH)
Dengan mengayakan Casio Tough Solar 5208 (AD S800WH)

Hadiah Hari Jadi 2016 YanieYusuf


Seronok sangat sebab dapat jam baru, sebenarnya apa sahaja hadiah dapat pun seronok kan. haha.. Tapi paling menariknya bukan sebab jam, sebab hadiah ni Mrsyanie dapat seminggu sebelum tarikh hari jadi tau. Naluri seorang isteri tahu je apa suaminya buat kan. Tak jadi nak suprise katanya, tau je apa Mrlaling nak bagi. hihi.. Itu lah dinamakan sehati sejiwa, hahah 

Sebenarnya Mrsyanie dapat agak bila Mrlaling cerita yang tauke kedai jam feveret kami itu pun suka bercuti. Dia cerita kalau pergi negara Philippine kena berhati-hati macam-macam boleh berlaku. Dalam fikiran Mrsyanie bukan fikir pasal negara itu tapi tengah fikir bila pulak Mrlaling pergi jumpa tauke kedai jam itu, ermm agak dah mesti ada lah itu. Terus Mrsyanie tanya mana jam baru haha.. Kan tak jadi nak suprise. 

Jam tangan Casio Tough Solar 5208 (AD S800WH)

Casio Tough Solar 5208 (AD S800WH)

Tapi sebenarnya Mrsyanie cukup indah dan seronok walaupun sambutan sederhana kerana janji bila Mrlaling ada disisi dan sentiasa menyokong pilihan Mrsyanie pun dah cukup mahal hadiah buat Mrsyanie tau. Bila berjauhan rasa rindu sangat, bila dekat nak gaduh je kerjanya. Lumrah dalam perhubungan tapi masing-masing kena pandai bawa situasi untuk menjadi lebih bahagia. Maksudnya suami isteri bila gaduh ubahlah sedikit situasi jangan bagi lagi tegang. Cewah macam doktor cinta pulak. Mrsyanie pun sentiasa belajar untuk menjadikan hubungan kami setiap masa seperti cinta seawal perkahwinan, baru indah hihi...

Jam tangan Casio Tough Solar 5208 (AD S800WH)
Koleksi warna Merah Casio Tough Solar 5208 (AD S800WH)


Casio Tough Solar 5208 (AD S800WH)


Mrsyanie kongsikan sedikit info mengenai jam tangan Casio Tough Solar 5208 (AD S800WH). Jam ini merupakan keluaran Casio dari Japan dan tahan lasak. Ianya menarik kerana design yang agak sporty dan lebih trendy. Tambahan pula ianya menggunakan solar.

Ciri-ciri:
Spesifikasi:

Ianya mempunyai 3 warna pilihan iaitu merah, biru dan hitam. Mrsyanie punya berwarna merah, baru lah sama warna dengan jam Mrlaling merah hitam hihi..

Untuk panduan korang boleh rujuk: Support Casio


Siapa yang suka kumpul jam tangan? Jom kongsikan koleksi korang bersama.






Till Next Entry ye!!!

Salam Sayang

Labels: , ,