Lawatan ke Kilang Cendawan Susu Harimau

Assalammualaikum w.b.t

Khasiat Tigerus Cendawan Susu Harimau Tulen | Korang pernah dengar tak Cendawan Susu Harimau? Mrsyanie tak pernah dengar pun sebelum ini, rupanya di Malaysia ada cendawan yang penuh khasiat yang diberi nama Cendawan Susu Harimau. Mrsyanie mulanya bila dengar sahaja nama cendawan ini, adakah dari susu Harimau dapat menghasilkan cendawan? Banyak teka-teki yang bermain dalam fikiran Mrsyanie tau.


Lawatan ke Kilang Cendawan Susu Harimau


Minggu lepas Mrsyanie berkesempatan turut serta lawatan ke LiGNO Biotech Sdn Bhd untuk melihat sendiri dan pelajari apa itu Cendawan Susu Harimau. Dapatlah Mrsyanie ungkaikan segala teka-teki yang bermain dalam fikiran ini. Sampai sahaja, kasut tidak dibenarkan bawa masuk dan mereka telah menyediakan kasut khas bagi setiap yang datang. Ianya bertujuan untuk menjaga kebersihan dalaman kilang. 


Untuk pengetahuan korang syarikat telah mendapat pengiktirafan dan merupakan antara 20 syarikat yang terpilih untuk berada dibawah program syarikat BioNext (Ia adalah kerjasama dengan SME Corporation, Biotech Corporation di bawah program BioNext seliaan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.) LiGNO Biotech adalah syarikat pertama yang mengeluarkan Cendawan Susu Harimau dan turut dicatatkan dalam "The Malaysia Books of records".

Sebelum kami dibawa melihat penghasilan Cendawan Susu Harimau, kami disajikan dengan minuman pagi iaitu Teh Cendawan Susu Harimau. Agak takut jugak nak merasainya tapi bila diorang terangkan tentang Cendawan Susu Harimau, rugilah kalau tak minum sepuasnya. 




Cendawan Susu Harimau


Cendawan Susu Harimau (CSH) atau juga dikenali dengan nama saintifiknya Lignosus rhinocerus merupakan salah satu khazanah negara Malaysia kerana ia adalah antara cendawan perubatan yang sangat berharga. Menurut sektor perubatan, ianya telah digunakan dalam perubatan sejak 400 tahun dahulu dinegara ini. 

Menurut sejarah nenek moyang (mulut ke mulut), CSH tumbuh daripada susu ibu harimau yang baru beranakOleh kerana anak harimau mempunyai taring sejak kecil, si ibu memancutkan susunya ke atas daun atau tanah untuk memberi minum kepada anak-anaknya. Baki daripada susu harimau tersebut dipercayai tumbuh (cendawan ini dipercayai tumbuh atas baki susu harimau) menjadi cendawan dan dikenali sebagai Cendawan Susu Harimau. Betul atau salah, itu tidak dapat dipastikan oleh saintis kerana ianya terlalu subjektif untuk diperkatakan tetapi yang pastinya saintis telah membuktikan bahawa Cendawan Susu Harimau mempunyai khasiat yang sangat tinggi dan dijamin kualiti serta keselamatannya. 

Dalam perubatan, Cendawan ini mempunyai ubi yang tertanam di dalam tanah dan hanya ubi yang digunakan. Manakala payung cendawan dijadikan sebagai petunjuk untuk mencarinya di hutan. Kajian mengenai cendawan susu harimau telah dilakukan oleh Dr. Tan Chon Seng yang merupakan Pegawai Penyelidik MARDI dan juga menjadi Penasihat Teknikal kepada syarikat. Kajian turut melibatkan beberapa Universiti tempatan dan luar negara. Dr. Tan telah menghabiskan masa selama lapan tahun dalam menyelidik dan mengusahakan cara penanaman CSH.




Bukan mudah nak dapatkan kerana ianya tumbuh dalam hutan banat dan kebanyakkannya dicari oleh Orang Asli. Ianya hanya ditemui di hutan hujan tropika termasuk Malaysia, Indonesia, Thailand, China Selatan, Filipina dan Papua New Guinea.

Akhirnya Cendawan Susu Harimau dapat dihasilkan dengan kaedah penanaman cendawan melalui tisu kultur. Mrsyanie lihat sendiri bagaimana cara tisu kultur CSH dilakukan oleh pihak LiGNO Biotech. Untuk menghasilkan cendawan yang berkualiti, penjagaan dan kawalan ketat perlu dalam hasilkannya. Pelbagai langkah yang perlu diambil dalam menghasilkan cendawan bermutu.


Permulaan proses menghasilkan Cendawan Susu Harimau

Penghasilan CSH menggunakan beras yang perlu di masak untuk dijadikan sumber makanan dalam pemprosesan cendawan. Nasi perlu dimasak dalam suhu yang ditetapkan bagi membunuh kuman yang tidak diperlukan sebelum proses perletakkan benih. Disini mereka menghasilkan terus ubi cendawan yang bermutu tinggi dan dijamin keselamatannya.







Pemprosesan menghasilkan ubi cendawan memakan masa sehingga 6 bulan untuk mendapatkan ubi cendawan yang berkualiti. Kemudian akan dihantar untuk proses penghasilan produk. Disini fasiliti dan organik yang digunakan dijamin halal dan bersih.



Khasiat Cendawan Susu Harimau


Cendawan Susu Harimau dapat membantu menangani gelaja-gelaja dan punca penyakit melalui mekanisme ''membersih, memulih, menguat dan melindungi''. Ia mempunyai fungsi imuno-modulasi yang boleh merangsang dan mengawal sistem imun. Ia juga mampu meningkatkan sel-sel imun dan aktivitinya dalam membantu dan membaiki tisu-tisu badan yang cedera. Antara khasiat Cendawan Susu Harimau yang lain:
Ia mampu membantu menguatkan sistem respiratori seperti:

Ianya sangat bagus dalam penjagaan paru-paru yang sekian lama terdedah dengan udara persekitaran yang kotor oleh pelbagai jenis asap dan pencemaran.


Produk LiGNO Biotech Berasaskan Cendawan Susu Harimau


Secara tradisi, pemakanan cendawan susu harimau dengan memarut atau mengasah ubi cendawan untuk dijadikan serbuk. Kini LiGNO Biotech Sdn Bhd telah mengeluarkan produk berasaskan Cendawan Susu Harimau bagi memudahkan pengguna untuk mendapatkan khasiat cendawan dengan mudah. 

Ianya dijenamakan dengan nama TIGERUS dan produk ini telah didaftar dengan Kementerian Kesihatan (BPFK). Tak perlu korang nak cari sampai dalam hutan dah. hihi Antara produknya iaitu:






Mrsyanie pun turut beli tambahan Teh Cendawan Susu Harimau untuk kegunaan harian. Sekarang hampir seminggu Mrsyanie amalkan teh ini setiap petang, tak perlu tambah gula atau jika inginkan kemanisan sedikit tambahkan hanya 1 sudu gula atau gantikan dengan madu lebih bagus.

Berita baik!! 

Agen Diperlukan

Bagi yang berminat untuk menjadi agen produk Tigerus sangat dialu-alukan. Produk yang menjadi rebutan orang kerana khasiatnya sangat bagus dan bermutu. Korang boleh terus hubungi nombor yang tertera dibawah ye.


Untuk maklumat lanjut:

LiGNO Biotech Sdn. Bhd


Alamat: No1, Jalan Perindustrian Balakong Jaya 2/2, 
             Taman Perindustrian Balakong Jaya 2, 
             43300 Balakong Jaya, Selangor, Malaysia.

No Tel: +60 3-8945 5242
Email: contact@ligno.com.my

Website: http://www.tigerus.com.my
Facebook: TigerusTMM
Careline: 1700 818 242






Till Next Entry ye!!!

Salam Sayang  

Labels: , ,