Padah Tak Memperbaharui Lesen

Assalammualaikum w.b.t

Padah Tak Memperbaharui Lesen | Mrsyanie boleh pulak lupa yang lesen tamat tempoh pada hari jadi yang lepas. Mau tak kalut nak pergi pejabat pos untuk renew semula. Lewat dalam 1 minggu jugak lah, semalam baru renew. haih nasib baik tak ada apa-apa berlaku. Sebenarnya sangat tak suka kalau pergi Pejabat Pos sebab rasa tak suka nak menunggu lama-lama. 

Memperbaharui Lesen, kadar renew lesen memandu 2016

Lesen Tamat tempoh



Nak tak nak Mrsyanie kena juga ke Pejabat Pos untuk renew lesen memandu. Waktu dalam perjalanan, dalam hati berdoa banyak kali supaya tak ramai orang yang berurusan di sana tapi bila sampai terpaksa redha menunggu, ramai lah orang. Nombor yang Mrsyanie dapat punya lah jauh lagi, nak tak nak kena juga tunggu. Ha itu lah siapa suruh tak buat awalkan jadi kena lah tanggung.

Memperbaharui Lesen, kadar renew lesen memandu 2016

Hampir Mengamuk Di Pejabat Pos


Sementara menunggu, tiba-tiba 2 kaunter Pejabat Pos tutup mula lah Mrsyanie rasa nak mengamuk sebab pelanggan masih ramai yang tinggal ada 2 kaunter lagi. Niat nak mengamuk tapi cuba redakan hati yang tengah membara ni. Rupanya kaunter lagi satu yang tutup tadi sekejap jew sebab pertukaran untuk waktu rehat. Dalam hati Mrsyanie terpikir, kenapa perlu marah sedangkan pekerja Pos sedaya upaya untuk mempercepatkan urusan pelanggan. 

Cepat-cepat Mrsyanie istifar dalam hati dan dalam masa sama Mrsyanie berasa sangat beruntung kerana kerjaya Mrsyanie tidak melibatkan perkhidmatan umum. Cuba korang fikir, mana yang kerja dengan waktu kerja tetap pukul 8.00 pagi sehingga 1.00 tengahari kemudian rehat dan masuk semula jam 2.00 petang. Masa rehat serentak dengan rakan-rakan, masih lagi boleh untuk keluar makan ramai-ramai. Tetapi bagi pekerja dalam bidang perkhdimatan seperti Pejabat Pos, masa kerja perlu bergilir dan berhadapan pula dengan pelbagai ragam manusia. Ada ke masa untuk keluar rehat bersama rakan-rakan..huhu Dari situ Mrsyanie rasa sangat bersyukur dengan kerjaya sekarang dan kita patut bertolak ansur dengan perkhdimatan yang diorang berikan.  


Memperbaharui Lesen, kadar renew lesen memandu 2016


Akhirnya nombor Mrsyanie dipanggil dan perkhdimatan diberikan masih bertenaga oleh pekerja Pejabat Pos. Dengan manis senyuman yang diorang berikan, mungkin ada juga yang kurang senyum tetapi kita mulakan lah dulu dengan memberi senyuman sekurang-kurangkan menunjukkan kita hargai perkhdimatan yang mereka berikan. Dan Mrsyanie memilih untuk memberikan mereka senyuman dengan memilih kotak senyum yang ada dihadapan kaunter. 

Mrsyanie terus memperbaharui lesen untuk 2 tahun lagipun tarikh dah lepas sistem tak boleh nak buat untuk setahun. Mrsyanie kongsikan dengan korang harga memperbaharui lesen yang terkini:

Kadar bayaran Bagi Pelesnan Pemandu

Memperbaharui Lesen, kadar renew lesen memandu 2016
Kadar bayaran Bagi Pelesnan Pemandu


Ringkasan:

Untuk lesen D (lesen kereta biasa) : 1 Tahun RM30
                                                     2 Tahun RM60

Tetapi perlu ada penambahan gst, bagi lesen D 2 tahun iailah RM63.60.


Mrsyanie nak ingatkan untuk semua dan diri sendir terutamanya, jangan lengahkan untuk memperbaharui Lesen. Itu yang paling utama kerana bila kita planning kehidupan pasti semua akan menjadi lebih teratur dan kemarahan pun dapat dielakkan hihi..



Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

Labels: