Jom Klik

FEED EFG

Bermalam Di Vivatel Kuala Lumpur

Assalammualaikum w.b.t


Bermalam Di Vivatel Kuala Lumpur | Alhamdulillah 5 Mei yang lepas genap usia Mrsyanie masuk linkungan umur 3series. Makin meningkat usia tetapi hati Mrsyanie tetap rasa muda belia lagi, cewah sebenarnya bila umur meningkat peringatan buat Mrsyanie untuk lebih menjadi umat yang lebih bertaqwa dan beriman.  Mrsyanie bertuah kerana kali ke 6 Mrsyanie sambut dengan suami tercinta dan bergelar seorang isteri. Mungkin tahun depan Mrsyanie mampu untuk sambut hari jadi dengan bergelar seorang ibu pula hihi Doakan ye.. Insya-Allah jika panjang usiaku.

Vivatel Kuala Lumpur, Hotel Kuala Lumpur


Sambutan Hari Jadi YanieYusuf


Sambutan hari jadi Mrsyanie tahun ini lebih kepada sederhana dan bertambah murah rezeki kami. Kali ini sambutan agak awal dari tarikh sebenar, yelah hadiah pun dapat awal tau.. Nak tahu hadiah apa Mrsyanie dapat dari Mrlaling? Itu kena tunggu entry seterusnya tau hihi.. Sambutan hari jadi Mrsyanie kali ini di Vivatel Kuala Lumpur, tajaan 2 hari 1 malam. Terima kasih Vivatel Kuala Lumpur, tepat lak timing yang diberikan.


Vivatel Kuala Lumpur

Vivatel Kuala Lumpur


Korang ingat tak lagi Mrsyanie ada kongsikan dengan Hi-Tea menarik di Vivatel Kuala Lumpur. Memang teringin sangat nak tidur semalam di Vivatel kerana perhiasannya sangat cantik dan hotel ini berkonsepkan boutique hotel tau. Konsep boutique hotel merupakan konsep dimana setiap bilik atau tingkat akan berbeza perhiasannya / deco. Vivatel menawarkan elemen alam semula jadi dalam setiap perhiasan bilik yang terdiri daripada elemen Air (water), Api (fire), Kayu (wood), Bumi (earth), dan Logam (metal).


HOTEL KUALA LUMPUR, VIVATEL KUALA LUMPUR

Menarikkan dan disini juga terdpaat kemudahan buat pelanggan hotel seperti Kolam renang dan Gym. Mrsyanie ingat nak berenang tapi tak reti pulak berenang lagipun cuaca agak panas sekarang, duduk dibilik sahaja lah dengan kesegaran penghawa dingin hihi.. Selain itu terdapat juga perkhidmatan SPA dan Club house yang diberi nama Club 7 yang dilengkapi dengan bilik VVIP karoake.

Kami check in agak lewat kerana petang 3 Mei tu, Mrsyanie ada food review di Hotel Seri Pacific (Makanan Warisan Johor). Parking disini pun sangat mudah kerana ianya mempunyai parking khas untuk hotel. Hotel Vivatel ini terletak di bersebelahan dengan pusat membeli belah iaitu Viva Mall.


hotel vivatel kuala lumpur, hotel kuala lumpur


Mrsyanie dapat bilik standard yang bertemakan dengan elemen kayu. Setiap hiasan dan fasiliti dalam bilik bertemakan kayu. Mrsyanie sebelum datang tu dah buat tempahan tapi bukan rezeki kami untuk dapat bilik 1 katil  besar kerana bilik semua telah penuh ditempah lagi awal. Jadi Mrsyanie dapat hanya bilik yang mempunyai 2 katil single. Pada mula waktu kami sampai sahaja bilik kad kunci tak boleh berfungsi tapi nasib baik perkhidmatan Vivatel sangat cekap, laju je orang datang baiki tau. Bilik memang cantik dan sangat puas hati. Jom tengok bilik Mrsyanie:


HOTEL KUALA LUMPUR, HOTEL VIVATEL KUALA LUMPUR, HOTEL VIVA


HOTEL KUALA LUMPUR, HOTEL VIVA, HOTEL VIVATEL KUALA LUMPUR


HOTEL VIVA, HOTEL KUALA LUMPUR, HOTEL VIVATEL KUALA LUMPUR


HOTEL KUALA LUMPUR, HOTEL VIVA, HOTEL VIVATEL KUALA LUMPUR


Kami juga disediakan sarapan untuk 2 orang, dan yang ini paling Msraynie suka sebab makan hihi. Sarapan pagi disedikan di Retro cafe dan menariknya pelbagai juadah sarapan disediakan. Ada masakan Melayu, Cina dan macam-macam lagi. 





Tengok gambar diatas, itu baru sikit tau sebab menu sarapan disini sangat sedap dan menepati citarasa Mrsyanie. Ini ibarat percutian singkat di Kuala Lumpur sempena sambutan hari jadi Mrsyanie. Terima kasih Vivatel dan Mrlaling kerana meluangkan masa bersama Mrsyanie. Pada korang yang nak sambut hari jadi atau ingin adakan apa-apa majlis lain juga boleh dijalankan di Vivatel Kuala Lumpur. Disini terdapat kemudahan dewan besar dan bilik mesyuarat yang sangat selesa.

Harga Bilik serendah RM220 untuk semalam. Mrsyanie sediakan link khas untuk jenis dan harga bilik: http://www.vivatel.com.my/room-list.php




Untuk maklumat lanjut:

Vivatel Kuala Lumpur


Alamat: No 85, Jalan Loke Yew, 55200 Kuala Lumpur
              (waze: Vivatel Kuala Lumpur)

No Tel: 03 9205 8888



Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

6 comments:

  1. thank you for sharing , sis ! menarik nya hotel ~

    ReplyDelete
  2. Menarik.. vivatel pls taja saya pulak.. hihi.

    ReplyDelete
  3. Happy Belated Birthday Yanie. X sabaq nk p!

    ReplyDelete
  4. happy birthday yanie. insyaALLAH pasti ada rezeki bila tiba masa yang sesuai. caiyokk berusaha...

    ReplyDelete
  5. Untungnye dpt free bercuti. Even lt kl pun ttap dpt luangkan masa dgn love ones.

    ReplyDelete

FANPAGE

back off