Kemalangan ETS Dengan Komuter?

Assalammualaikum w.b.t

Kemalangan ETS Dengan Komuter? | Terkejut jugak bila dengar berita yang mengatakan satu kemalangan antara ETS dengan komuter bertembung di Batangkali (selepas stesen Batangkali). Patut lah Mrsyanie balik dari kenduri melalui jalan Batangkali ke Tanjung Malim sesak. Kami sangkakan kemalangan antara kereta atau bas di jalan raya kerana buka aplikasi waze mengatakan kemalangan sahaja. Lebih kurang 4 ambulans  yang ada, 2 darinya telah bergerak ke hospital.

Bila melaluinya tak nampak pula apa-apa kemalangan melibatkan fizikal di jalan dan sangat risau pulak adalah terjatuh terus ke landasan keretapi dibawah. Sampai sahaja rumah kami dapat berita mengatakan yang berlaku perlanggaran antara ETS dan Komuter. Risau pulak dengarnya. 

ETS bertembung komuter


Kemalangan ETS Dengan Komuter, batangkali

Kemalangan ETS Dengan Komuter

Menurut hmetro.com, terdapat 13 gerabak tetapi hanya 3 gerabak sahaja yang terlibat. Difahamkan 510 orang penumpang turut terlibat dalam kemalangan ini dan dipindahkan ke kawasan yang selamat. Buat masa sekarang Perjalanan komuter ke Tanjung Malim akan ditamatkan di Stesen Rawang disebabkan perlanggaran tersebut.

sumber: hmetro



Till Next Entry ye!!!

Salam Sayang

Labels: