Jom Klik

FEED EFG

Masakan Warisan Johor Kini Diketengahkan | Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur

Assalammualaikum w.b.t

Masakan Warisan Johor Kini Diketengahkan | Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur | Sempena Citrawarna Malaysia 2016, Hotel Seri Pacific dengan Pusat Pelancongan & Kebudayaan Negeri Johor bekerjasama dalam memperkenalkan sajian warisan Johor kepada seluruh rakyat Malaysia dan pelancong negara. Baru-baru ini dalam perlancaran kerjasama ini, Mrsyanie bersama rakan KBBA, blogger dan media lain dijemput untuk merasai sendiri juadah warisan Johor yang akan diperkenalkan di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.



Masakan Warisan Johor di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur


Menu apa terkenal yang korang tahu asalnya dari warisan Selatan Malaysia? Kalau kata Johor sahaja pasti Laksa Johor antara sajian yang mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia. Sebenarnya banyak lagi sajian warisan Johor yang korang boleh rasa tau. Inilah tujuan yang dijalankan oleh Pusat Pelancongan & Kebudayaan Negeri Johor dengan kerjasama Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur untuk memperkenalkan pelbagai lagi sajian dari Johor. 

Festival Makanan Johor diadakan hanya bermula pada 18 Mei 2016 sehingga 27 Mei 2016. Ianya diketuai oleh Chef Kusha Haron atau lebih dikenali dengan Kusha Beyh Royale dan beliau merupakan chef di Endau's Garden Restaurant yang terletak di Johor Bharu, Johor. Kini korang boleh merasai masakan warisan Johor Asli di Hotel Seri Pacific yang akan menyajikan pelbagai jenis sajian mengikut hari. Sewaktu sidang media, ada beberapa sajian yang Mrsyanie pertama kali dengar dan lihat. 

HOTEL SERI PACIFIC, KUALA LUMPUR, JABATAN PERLANCONGAN NEGERI JOHOR, MASAKAN WARISAN JOHOR, SELATAN MALAYSIA, MASAKAN ASLI

LAKSA JOHOR

HOTEL SERI PACIFIC, KUALA LUMPUR, JABATAN PERLANCONGAN NEGERI JOHOR, MASAKAN WARISAN JOHOR, SELATAN MALAYSIA, MASAKAN ASLI

NASI KUZI AYAM

HOTEL SERI PACIFIC, KUALA LUMPUR, JABATAN PERLANCONGAN NEGERI JOHOR, MASAKAN WARISAN JOHOR, SELATAN MALAYSIA, MASAKAN ASLI

TETEL LEMBU MASAK GULAI DAUM KESUM

HOTEL SERI PACIFIC, KUALA LUMPUR, JABATAN PERLANCONGAN NEGERI JOHOR, MASAKAN WARISAN JOHOR, SELATAN MALAYSIA, MASAKAN ASLI

SOTONG MASAK HITAM

HOTEL SERI PACIFIC, KUALA LUMPUR, JABATAN PERLANCONGAN NEGERI JOHOR, MASAKAN WARISAN JOHOR, SELATAN MALAYSIA, MASAKAN ASLI

BUBUR HARISSA

HOTEL SERI PACIFIC, KUALA LUMPUR, JABATAN PERLANCONGAN NEGERI JOHOR, MASAKAN WARISAN JOHOR, SELATAN MALAYSIA, MASAKAN ASLI

SAYUR RAMPAI MASAK LEMAK + KELEDEK

HOTEL SERI PACIFIC, KUALA LUMPUR, JABATAN PERLANCONGAN NEGERI JOHOR, MASAKAN WARISAN JOHOR, SELATAN MALAYSIA, MASAKAN ASLI

ACAR RAMPAI

HOTEL SERI PACIFIC, KUALA LUMPUR, JABATAN PERLANCONGAN NEGERI JOHOR, MASAKAN WARISAN JOHOR, SELATAN MALAYSIA, MASAKAN ASLI

TEMBOSA DAGING

HOTEL SERI PACIFIC, KUALA LUMPUR, JABATAN PERLANCONGAN NEGERI JOHOR, MASAKAN WARISAN JOHOR, SELATAN MALAYSIA, MASAKAN ASLI

BAHULU LAPIS JOHOR

HOTEL SERI PACIFIC, KUALA LUMPUR, JABATAN PERLANCONGAN NEGERI JOHOR, MASAKAN WARISAN JOHOR, SELATAN MALAYSIA, MASAKAN ASLI

BAHULU LAPIS JOHOR

Ini adalah antara sajian yang akan disenaraikan dalam menu Festival Makanan Johor yang akan diadakan di Hotel Seri Pacific. Rasanya memang sedap dan paling menarik dan pertama kali Mrsyanie merasainya adalah Bubur Harissa. Bubur Harissa ini diperbuat daripada daging ayam, oat dan campuran madu. Bukan sahaj makanan malah minuman dari Johor turut diperkenalkan iaitu Air Kathira dan Kopi Beyh Royale.


Selain itu, persembahan juga turut diadakan bagi mengiringi makan tengahari dan makan malam sepanjang festival dijalankan. Memang sangat puas hati dapat merasai sendiri masakan warisan Johor. Pada korang yang teringin nak rasa masakan warisan Johor atau mencari kelainan dalam sajian, inilah peluang korang untuk merasainya. 

Festival Makanan Johor, Citrawarna Malaysia 2016 @ Hotel Seri Pacific.

Tarikh: 18 Mei 2016 - 27 Mei 2016


Untuk maklumat lanjut &  tempahan:

Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur

No Tel: 03-40494351 atau 03-40494352
Email: fbresv@seripacific.com





Till Next Entry ye!!!

Salam Sayang

2 comments:

  1. Laksa Johor sedappp... hehehe lisa tk makan laksa.. tapi kalau Laksa johor memang sedap... mybe orang lain kalau tengok pelik sebb tkde kuah... style johor ... best la kalau diluar Johor pun dah ada..

    ReplyDelete
  2. Terliur tengok semua makanan. Terbaik 😄

    ReplyDelete

FANPAGE

back off