Jom Klik

FEED EFG

Percutian Keluarga Ke Legoland Resort Malaysia

Assalammualaikum w.b.t

Percutian Keluarga Ke Legoland Resort Malaysia | Wah ke Legoland lagi ye Mrsyanie tapi kali ini berbeza kerana trip kali ini bersama ahli keluarga Mrsyanie. Walaupun dengan keluarga kakak Mrsyanie sahaja tapi seronok tak ingat tambahan pula dengan telatah anak buah. Seronok bila tengok diorang dapat bermain.




Percutian Keluarga Ke Legoland Resort Malaysia


Legoland sememangnya sesuai sangat untuk percutian keluarga. Disini lah ruang yang diberikan untuk kita habiskan masa bersama keluarga. Trip Mrsyanie hanya 2 hari 1 malam sahaj, memang fokus untuk ke Legoland. Ramai yang kata Legoland mahal tiketnya tapi korang boleh buat penjimatan contohnya beli tiket awal secara online dapat diskaun 20% lagi tau. Bagi Mrsyanie sekali sekala bawa keluarga itu lebih bernilai sebenarnya.

Perjalanan kami dari Tanjung Malim jam 4.00 pagi, yelah nak sampai di Legoland awal baru puas dapat main game dalam tu. Kami sempat singgah solat subuh di rnr Ayer Keroh Melaka dan disitu disediakan bilik mandi memudahkan perjalanan kami. Tak akan nak mandikan anak buah awal jam 4.00 pagi kan jadinya kami berhenti untuk persiapan anak-anak kecil dulu. Dah selesai kami teruskan perjalanan dan sarpan pagi kami di rnr seterusnya. 


Kami sampai di Legoland Resort Malaysia dalam jam 10.30 pagi. Tepat pada anggaran perjalanan yang Mrsyanie planning, Alhamdulillah. Kami sampai waktu tu dah ramai jugak yang datang tapi masih lapang lagi. Kami terus ke kaunter tiket untuk ambil tiket dan terus untuk ke theme park tapi disebabkan cuaca yang agak kurang baik pada waktu petang kami buat keputusan untuk ke water park dahulu. Kalau waktu hujan, water park tidak dibenarkan mandi disebabkan faktor keselamatan. Selepas layan bermain di Water Park, kami terus ke Theme Park pula. Penat rasanya kerana seharian di Legoland tapi itulah masa yang sangat berharga dan kenangan yang terindah.

Bagi entry lebih terperinci tentang water park dan theme park Lgeoland, Mrsyanie akan buat satu entry khas ye. Memang seronok dapat meluangkan masa dengan anak buah, tambahan dengan telatah diorang. Mrsyanie syorkan untuk korang bawa keluarga beriadah di Legoland Resort Malaysia. Tambahan pula Legoland adalah mesra pengguna khusus untuk keluarga.

Untuk harga tiket, rujuk sini: Harga Tiket Legoland malaysia



Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan:

LEGOLAND Malaysia


Alamat: 7, Jalan LEGOLAND, Bandar Medini Iskandar Malaysia, 
            Johor Darul Takzim, Malaysia, 79250 Nusajaya

Telefon:  +607 597 8888 

Email: info@legoland.my


Website: www.legoland.my 


Till Next Entry ye!!!

Salam Sayang

7 comments:

  1. Mesti senyum lebar anak anak tu...hehe...

    ReplyDelete
  2. Ada plan nak ke Legokand..tapi ye lah harga tiket agak.mahal, beebaloikah.. tapi dah info cara penjimatan. Boleh cuba beli tiket online awal2. Tq yanie.

    ReplyDelete
  3. wahhh .. ain org jb pun tak jejak lagi dekat sini .hahahaa..

    ReplyDelete
  4. antara tman tema paling feberet ni

    ReplyDelete
  5. Tak pernah lagi jejak kaki kat legoland ni.. Entah bila ada masa nk ke sini.. bz sokmo... huaaaaaaa

    ReplyDelete
  6. wah.. bestnya gi legoland. :-)

    ReplyDelete

FANPAGE

back off