Restoran Ayam Kampung Tanjung Malim

Assalammualaikum w.b.t

Restoran Ayam Kampung Tanjung Malim | Pada yang datang ke Tanjung Malim boleh mencuba makanan di Restoran Ayam Kampung Taman Universiti. Kalau korang nak tahu di Tanjung Malim terdapat gerai Ayam Kampung yang terkenal tapi Mrsyanie tak pernah nak mencuba (ada sebabnya hihi). Kiranya ada 2 kedai Ayam kampung yang korang boleh pilih. Bagi Mrsyanie ini lah pilihan Mrsyanie.

Restoran Ayam Kampung Tanjung Malim
Restoran Ayam Kampung Taman Universiti,
 Tanjung Malim Perak

Restoran Ayam Kampung, Taman Universiti, Tanjung Malim


Restorannya terletak dihujung lot kedai di Taman Universiti yang menghala ke perumahan depan jalan utama. Keadaan kedainya biasa sahaja dan bagi Mrsyanie tak menarik sangat tapi Mrlaling teringin pulak nak rasa makan disitu, lagipun kami dah tak tahu nak makan dimana lagi..hihi Mrsyanie ikutkan jelah dan bila sampai sahaja kami diberikan menu oleh pelayan yang kurang senyuman (ermm tapi takpe malas layan sangat). Tengok je menu itu tertulis adalah Restoran Ayam Kampung. Wah teruja jugak lah sebab nak rasa gak lah Ayam Kampung kan. Itu lah niat tak mahu makan kat situ sampai tak nampak signboard depan kedai. hihi..

Restoran Ayam Kampung Tanjung Malim

MENU UTAMA Restoran Ayam Kampung

Restoran Ayam Kampung Tanjung Malim

MENU Restoran Ayam Kampung

Selesai order, tak lama pun kami dah dapat minuman yang telah diorder. Mrsyanie pilih minuman Air Lemon Jasmine Green Tea dan Mraling pula Teh 'o' panas. Ermm nama air lemon itu pun dah buat Mrsyanie teruja tau. Ok basahkan tekak dulu, ermm sedap lah dan Msryanie sedutlah beberapa kali. hihi.. Nasib baik tak habis airnya, kalau tak kenyang air je.

Restoran Ayam Kampung Tanjung Malim, air Lemon Jasmine Green Tea

LEMON JASMINE GREEN TEA  RM 2.50

Restoran Ayam Kampung Tanjung Malim,NASI GORENG USA AYAM KAMPUNG RM 7.00

NASI GORENG USA AYAM KAMPUNG RM 7.00

Restoran Ayam Kampung Tanjung Malim,NASI GORENG USA AYAM KAMPUNG RM 7.00

NASI GORENG USA AYAM KAMPUNG RM 7.00

Restoran Ayam Kampung Tanjung Malim, KUEY TEOW GORENG

KUEY TEOW GORENG RM 4.00


Mrsyanie order Kuey Teow Goreng dan Paprik Ayam Kampung. Tapi tunggu punya lah tunggu sampai Kuey Teow goreng Mrsyanie nak habis Paprik Ayam Kampung tak sampai jugak. Tanya pada pelayan disitu, rupanya diorang lupa order itu. Jadi Mrsyanie kanselkan je tapi tetap gak nak rasa ayam kampungnya. Apa lagi ambil sedikit dekat Mrlaling lah sebab dia order Nasi Goreng USA Ayam Kampung. 

Walaupun kecewa tak dapat rasa Paprik Ayam Kampung dan pelayannya kurang mesra tapi rasa setiap makanan yang disajikan memang sedap dan mengikut citarasa Mrsyanie. Pedas dan cukup rasa! 



Untuk maklumat lanjut:

Restoran Ayam Kampung 


Alamat: No. 51, Jalan U1, Taman Universiti, 
              35900 Tanjung Malim, Perak, Malaysia. 



Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

Labels: , ,