Jom Klik

FEED EFG

Sajian Nostalgia konsep Buffet Ramadhan di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur

Assalammualaikum w.b.t

Buffet Ramadhan di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur |  Dengan konsep ''Sajian Nostalgia'', buffet Ramadhan di Hotel Seri Pacific akan berlangsung bermula 6 Jun 2016 sehingga 5 Julai 2016. Mrsyanie bersama keluarga KBBA9 baru-baru ini berkesempatan turut serta dalam preview buffet Ramadhan disana. Pelbagai menu yang lazat lagi menyelerakan disajikan buat bakal pelanggan. Kalau korang nak tahu, buffet Ramadhan di Hotel Seri Pacific antara buffet yang Mrsyanie nanti-nantikan. 



Sajian Nostalgia konsep Buffet Ramadan di Hotel Seri Pacific 


Keunikkan masakan dan citarasa yang disajikan memang memukau tekak dan perut Mrsyanie ni. Pada tahun ini, Seri Pacific memilih tema ''Sajian Nostalgia'' yang menampilkan pelbagai hidangan tradisional. Lagi menarik sajian tradisional yang akan dihidangkan adalah berbeza setiap hari.

Antara sajian yang bakal Bubur Lambuk, Lemang dan Ketupat, Sup Ekor Mamak, Sup Ayam, Daging Salai Masak Lemak Cili Padi bersama Pisang Muda, Udang Goreng Kunyit, Ikan Siakap Kukus Kuah Tauchu, Masak Lemak Siput Buloh, Asam Pedas Ekor Lembu, Ayam Lemak Rebung Santan Nipah Muda dan sebagainya. Errm banyak kalau nak senaraikan ni hihi

ASAM PEDAS EKOR LEMBU , Buffet Ramadhan di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur

ASAM PEDAS EKOR LEMBU

IKAN PATIN GULAI TEMPOYAK, Buffet Ramadhan di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur

IKAN PATIN GULAI TEMPOYAK 

MASAK LEMAK SIPUT BULOH, Buffet Ramadhan di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur

MASAK LEMAK SIPUT BULOH

SAMBAL TUMIS DENGAN PETAI, Buffet Ramadhan di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur

SAMBAL TUMIS DENGAN PETAI

MASAKAN GORENG

MASAKAN GORENG

Buffet Ramadhan di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur

KENIKMATAN Buffet Ramadhan 2016

Sajian yang menjadi pilihan blogger lain adalah Sup Gearbox. Memang sedap kuah supnya tetapi Mrsyanie tak makan Gearbox sebab serius tak reti dan kena kontrol untuk kurangkan berat badan. Tapi menu yang lain Mrsyanie makan je sampai tak ingat hihi takpe lah sajian disini memang sedap dan tak boleh nak kontrol tau. Mengoda betul! huh..

SUP GEARBOX, Buffet Ramadhan di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur

SUP GEARBOX

Buffet Ramadhan di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur

SAJIAN SUP

NASI BRIYANI GAM, Buffet Ramadhan di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur

NASI BRIYANI GAM

Serawa Durian atau Mrsyanie lebih mesra panggil kuah durian turut disajikan di buffet Ramadhan, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur. Sejak kecil lagi Mrsyanie dibiasakan dengan panggilan kuah durian. Memang feveret ni, boleh dimakan macam bubur atau makan bercicah sepeti dengan pulut, roti jala atau roti biasa. Mrsyanie belajar makan kuah Durian seperti bubur bila berkahwin dengan Mrlaling. Kalu tak memang cari roti untuk cicah dengan kuah Durian. 

SERAWA DURIAN,Buffet Ramadhan di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur

SERAWA DURIAN

BIG BURGER

BIG BURGER

Selain dari menu tradisional, terdapat juga menu lain seperti menu western dan sebagainya. Sampai sahaja menu pertama yang Mrsyanie ambil adalah big Burger. Diorang akan menyediakan konsep gerai makanan dan akan dimasak ketika itu, kiranya korang akan dapat makan panas-panas. 

ABC, Buffet Ramadhan di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur

HASIL ABC PILIHAN MRSYANIE

ABC, Buffet Ramadhan di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur

PILIHAN UNTUK ABC

POPCORN, Buffet Ramadhan di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur

POP CORN

TEH TARIK KAW, Buffet Ramadhan di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur

TEH TARIK KAW

Harga Buffet Ramadhan 

Pacifit Ballroom : 
Tarikh : 6 Jun 2016 – 5 Julai 2016 
Harga : RM98 nett ( Dewasa ) dan RM49 nett ( Kanak Kanak ) 

Zende Restaurant : 
Tarikh : 8 Jun 2016 – 4 Julai 2016 
Harga : RM128 nett ( Dewasa ) dan RM64 ( Kanak Kanak )

Berita baik buat korang, jika korang tempah awal sebelum 15 Mei 2016 korang akan menikmati harga diskaun tau. Cepat tempah ye..

Kemudahan Hotel

Jangan risau kemudahan lengkap disediakan terutamanya kemudahan surau dimana sepanjang bulan puasa 4 bilik kosong akan disediakan khas dijadikan surau bagi memudahkan pelanggan beribadat tanpa perlu meninggalkan hotel. Untuk menunaikan solat Terawih pula korang boleh ke masjid PWTC yang betul-betul bersebelahan dengan hotel. Selain itu kemudahan seperti Wifi dan tandas yang selesa turut disediakan.

KBBA9, Buffet Ramadhan di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur

Keluarga KBBA9

Lokasi Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur :

  • Sebelahan dengan PWTC 
  • Hadapan Sunway Putra Mall 

Pengangkutan awam :

  • Star LRT, PWTC station
  • KTM Komuter, Putra Station

Tak perlu bimbang kerana semuanya lengkap dan korang hanya datang untuk menjamu selera sahaja (eh jangan lupa bayar jugak tau hihi). Rasa hidangan yang disediakan sangat menepati citarasa Mrsyanie, memang tak rugi. Teringat pulak rasa kesedapan menu disana, bulan Ramadhan nanti kena datang semula ni hihi..



Untuk maklumat lanjut &  tempahan:

Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur


No Tel: 03-40494351 atau 03-40494352
Email: fbresv@seripacific.com





Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

10 comments:

  1. Tudiaaa macam macam ada. Sedapnya !

    ReplyDelete
  2. wah popcorn pun ada...budak budak suka laa ni

    ReplyDelete
  3. Teringat2 burger dorg. Sedapnyaaaa

    ReplyDelete
  4. Semua sedap2.. Seri Pacific memang kerlas dia punya buffet ramadhan, tak lepaskan peluang bila ke PWTC namti.

    ReplyDelete
  5. Fuyooo.. nampak sedap semuanye

    ReplyDelete
  6. tu dia, macam2 ada. sesuai dgn harganya tu

    ReplyDelete
  7. Burger tu apesal nampak sedap sangat.. huhu.

    ReplyDelete

FANPAGE

back off