Jom Klik

FEED EFG

Wanita Anggun Bersama Pewaris

Assalammualaikum w.b.t


Wanita Anggun Bersama Pewaris | Minggu lepas telah berlangsung satu minggu khas buat wanita yang dinamakan ''Minggu Wanita Anggun Bersama Pewaris''. Pewaris adalah satu persatuan wanita khusus untuk wanita yang terdiri daripada pekerja dan isteri kakitangan lelaki. Pelbagai aktiviti telah dirancang untuk memeriahkan lagi minggu wanita anggun dan sempena meraikan pengorbanan wanita bekerjaya.


Wanita Anggun Bersama Pewaris

Wanita Anggun Bersama Pewaris


Khamis (28 April 2016)


Acara dimulakan pada hari Khamis dengan Larian Pewaris 2016 dengan kerjasama Majlis Kanser Nasional atau lebih dikenali dengan singkatan MAKNA. Larian bermula jam 8.00 pagi untuk pendaftaran dan kami diberikan nombor cabutan bertuah dan makan pagi iaitu air dan roti. Ianya untuk kami alas perut sebelum larian dijalankan. Memang seronok sekali sekala dapat berkumpul semua adakan aktiviti khas buat wanita sahaja. Ada yang berjalan, ada yang potong jalan (singkatkan laluan larian) dan ada yang bersemangat berlari. Ini bukan pertandingan tapi sebenarnya lebih kepada menjana kesihatan dan ukhuwah antara ahli.



Wanita Anggun Bersama Pewaris

Larian ini merupakan kerjasama bersama MAKNA, dimana Pewaris adalah penyokong kempen kesedaran Kanser Payudara. Mrsyanie juga menyokong kempen ini kerana ianya mampu memberi semangat kepada pesakit dan ianya juga memberi kesedaran bahawa kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga dari awal sebelum terkena.

Wanita Anggun Bersama Pewaris, MAKNA

Wanita Anggun Bersama Pewaris, makna

Aktiviti diteruskan dengan senam aerobik yang dibawa oleh wakil ahli persatuan. Memang sangat enjoy dan memberi kesegaran buat badan, waktu tu dah tak pikir pasal kerja tau. Kemudian diteruskan dengan ceramah kesedaran oleh wakil MAKNA. Dalam ceramah ini kami diberikan beberapa tips mencegah daripada kanser. Nanti Mrsyanie kongsikan tips yang diberikan dalam entry seterusnya ye.

Paling menarik bila ada cabutan bertuah, meriah dibuatnya. Untung siapa yang dapat, Mrsyanie ermm bukan rezeki lah hihi Aktiviti macam ni seronok dan rasa tenang sikit dari tekanan kerja, bagi Mrsyanie aktiviti sebegini bagus diadakan bagi setiap organisasi. Sekurang-kurang masa diberikan bagi menghargai kaum wanita sebagai wanita bekerjaya. Antara aktiviti lain adalah derma darah dan pemeriksaan kesihatan.


Jumaat (29 April 2016)


Hari seterunya dimulakan dengan aktiviti Ceramah Gaya Hidup Wanita Bekerjaya Bersama Ustazah Nor Laila Aniza. Banyak yang Msryanie pelajari dimana keikhlasan sangat penting dalam melakukan sesuatu. Semoga kita semua mendpaat keredhaan Tuhan didunia dan akhirat kelak. Slot terakhir pada tengahri adalah Slot ’Serlahkan Keanggunanmu', kami diberikan pendedahan tentang kecantikan dan cara menjaga penampilan diri. Yelah wanita bekerjaya mahupun surirumah juga perlu menjaga penampilan bukan sahaja untuk ke pejabat malah dirumah bersama keluarga juga penting dalam memelihara keluarga yang ceria.

Acara kemuncah bagi minggu '' Wanita Anggun Bersama Pewaris '' adalah makan malam. Bukan datang makan malam semata-mata tetapi kami juga diberikan slot ''Talk image bersama Rudy Ludinata (Profesional Image Consultant)''. 

Wanita Anggun Bersama Pewaris

Wanita Anggun Bersama Pewaris

Memang minggu yang istimewa buat wanita Pewaris gitu. Akhir sekali kami di hiburkan dengan persembahan dari Ratu Rock Malaysia, iaitu Ella bersama Zila Seiras Seirama. Tapi Mrsyanie tak dapat nak bergambar dengan Ellah, yelah ada je halang hahaha.. Lagipun laju je diorang nak balik nasib baik sempat selfie dengan kakak Ella dan Zila (janji suara sama Ella) hahaha..

 Zila Seiras Seirama ELLA

Ini adalah antara aktiviti yang sempat Mrsyanie turut serta di Minggu Wanita Anggun Bersama Pewaris.  Nah untuk tatapan korang gambar Msraynie bersama rakan-rakan. hihi



Till Next Entry ye!!!

Salam Sayang

3 comments:

  1. wahh..bagus program camni..terbaik lahh..btw, cantik kak yanie pose..hikhik

    ReplyDelete
  2. wow..bestnya...meriah sungguh ! :D

    ReplyDelete

FANPAGE

back off