Water Park Legoland Resort Malaysia Mesra Kanak-Kanak

Assalammualaikum w.b.t


Percutian Keluarga Water Park Legoland Resort Malaysia | Sebelum ini Mrsyanie pernah kongsikan dengan korang antara mainan air yang menarik di Water Park Legoland Resort Malaysia. Seperti Joker Soaker, pelbagai jenis slaid dan sebagainya. Kalau korang nak tahu Legoland juga merupakan mesra kanak-kanak, dimana mereka menyediakan permainan khas buat kanak-kanak bermain air.


Water Park Legoland Resort Malaysia 


Legoland Resort Malaysia Mesra Kanak-Kanak


Legoland Resort Malaysia merupakan salah satu taman tema yang menekankan konsep keluarga trip dimana disediakan permainan khas buat kanak-kanak terutamanya untuk taman tema air. Yelah ada permainan yang disediakan sesuai untuk semua dan ada juga yang khusus untuk kanak-kanak.

Ianya bagi menjaga keselamatan dan memberi ruang untuk kanak-kanak bermainan mengikut peringkat umur mereka. Bukan semua kanak-kanak yang berani untuk ke permainan extreme dan disitu peranan Legoland untuk membina permainan khas buat kanak-kanak mengikut umur.

Permainan Air Khas 5 Tahun Kebawah:


DUPLO® Splash Safari 


Kali ini Mrsyanie berpeluang untuk bermain di kawasan yang di khas untuk kanak-kanak dibawah 5 tahun kebawah. Sebab kali ini Mrsyanie jadi penjaga untuk anak buah. wee... Ianya diberi nama DUPLO® Splash Safari.


Water Park Legoland Resort Malaysia Mesra Kanak-Kanak
DUPLO® Splash Safari

Water Park Legoland Resort Malaysia Mesra Kanak-Kanak
DUPLO® Splash Safari

Water Park Legoland Resort Malaysia Mesra Kanak-Kanak
DUPLO® Splash Safari

Disini ada 3 jenis slaid air khas dan permainan lebih santai untuk kanak-kanak bawah 5 tahun. Walaupun ianya khas untuk kanak-kanak bawah 5 tahun tetapi ianya perlu penjagaan dan pegawasaan dari penjaga atau Ibubapa.

Permainan air yang sesuai untuk semua peringkat umur adalah 



Water Park Legoland Resort Malaysia Mesra Kanak-Kanak, LEGO® Wave Pool
LEGO® Wave Pool
Water Park Legoland Resort Malaysia Mesra Kanak-Kanak, LEGO® Wave Pool
LEGO® Wave Pool
Water Park Legoland Resort Malaysia Mesra Kanak-Kanak,Build-A-Boat
Build-A-Boat 

Terdapat juga permainan lain seperti:

Joker Soaker

Slaid yang disediakan terbahagi kepada 2 peringkat:



Splash 'N' Swirl 

Kanak-kanak berukuran ketinggian 107cm kebawah tidak dibenarkan. 


Wave Rider 

Kanak-kanak mesti lebih tinggi daripada 1.07 m dan perlu berpakaian mandi.

Tidal Tube 

Kanak-kanak berukuran rendah dari 107cm tidak dibenarkan.

Tidal Tube, Water Park Legoland Resort Malaysia
Tidal Tube

Brick Blaster 

Kanak-kanak perlu berukursan 107cm keatas sahaja dibenarkan.

Red Rush

Red Rush sesuai juga untuk permainan keluarga tetapi kanak-kanak dibawah 6 tahun perlu penjaga dan ketinggian 102cm. Pakaian yang bersesuai diperlukan, elak menggunakan seluar yang berzip dan baju cotton.

Red Rush, Water Park Legoland Resort Malaysia
Red Rush 

Baby Care


Terdapat juga kemudahan untuk keluarga yang membawa anak kecil (baby), disini disediakan bilik khas iaitu Baby Care. Ianya memudahkan para Ibu untuk menyusukan anak dan disini juga disediakan bilik mandi khas untuk baby. Selesa sangat!



Disini juga disediakan kemudahan tandas yang selesa, bilik mandi, loker penyimpanan yang boleh dibuka bila-bila masa, private cabanas dan cafe.

private cabanas, Water Park Legoland Resort Malaysia
private cabanas
LOCKERS, Water Park Legoland Resort Malaysia
LOCKERS
Lengkap dengan kemudahan dan sangat mesra seisi keluarga. Kemudahan dari anak kecil sehingga dewasa. Tambahan pula disediakan kemudahan untuk baby, mudah kakak Mrsyanie nak salinkan baju Baby Aqil. Baby Aqil pun mandi tau, tapi kejap je. Pihak Legoland juga menyediakan pampers mandi khas untuk umur 2 tahun kebawah (pampers khas supaya tak bocor gitu). Tak perlu risau kalu anak kecil nak membuang 'air kecil', yelah bila bercampur ni kan. hihi.. 

Selesai kami berendam sehingga jam 1.00 petang, kami terus ke Theme Park pula. Makan tengahari pun kami plan di Theme Park sahaja, sebab ada cafe feveret Mrsyanie hihi..  Nantikan entry Theme Park pula.



Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan:

LEGOLAND Malaysia


Alamat: 7, Jalan LEGOLAND, Bandar Medini Iskandar Malaysia, 
            Johor Darul Takzim, Malaysia, 79250 Nusajaya

Telefon:  +607 597 8888 

Email: info@legoland.my


Website: www.legoland.my 
Instagram: www.instagram.com/legolandmalaysia
Facebook: www.facebook.com/legoland.my 



Boleh jugak klik entry dibawah:


Till Next Entry ye!!!

Salam Sayang

Labels: , , , ,