Jom Klik

FEED EFG

Menarik Hi-Tea Vivatel Kuala Lumpur

Assalammualaikum w.b.t

Menarik Hi-Tea Vivatel Kuala Lumpur | Mrsyanie jarang nak pergi hi-Tea yelah selalunya menu yang disediakan agak biasa berbanding dengan dinner. Tetapi kali ini Mrsyanie sangat puas hati dengan Hi-Tea yang disajikan di Hotel Vivatel Kuala Lumpur. Dengan nama cafe Retro sangat memukau keunikkan deko cafe dan konsep hidangannya.

hotel viva, hotel vivatel, vivatel kuala lumpur

Hari Terbuka Felda D'Saji

Assalammualaikum w.b.t

Hari Terbuka Felda D'Saji | Pertama kali Mrsyanie dapat turut serta dalam memeriahkan lagi Hari Terbuka Felda D'Saji. Felda D'Saji memang dah terkenal dengan katering dan lokasi menarinya. Mrsyanie selalu dengar katering Felda D'Saji. Kalau di tempat kerja, untuk VVIP mesti ambil katering dengan Felda D'Saji tau. Bila Felda D'Saji akan mengadakan hari terbuka memang ternanti-nanti bukan sahaja Mrsyanie tapi juga bakal pengantin tau.

Rizq Design Hasilkan Jubah Lelaki Moden

Assalammualaikum w.b.t

Jubah Raya Moden Khas Buat Lelaki | Kini fashion bukan sahaja memfokuskan kepada kaum Wanita tetapi perkembangan fashion juga turut dirasai oleh kaum Lelaki. Dahulu jika Hari Raya pasti baju Wanita lebih menyerlah berbanding kaum Lelaki kerana fashion Lelaki dahulu kurang mendapat perhatian malah design juga sama setiap tahun. Tetapi kini trend fashion Lelaki meningkat disebabkan pendedahan dan gaya moden terkini.


Khasiat Lidah Buaya | FOREVER ALOE VERA

Assalammualaikum w.b.t

Khasiat Lidah Buaya | FOREVER ALOE VERA | Siapa tahu Aloe Vera atau lebih dikenali sebagai Lidah Buaya? Mesti ramai yang tahu dah kan dan pasti tahu jugak khasiat nya. Sewaktu kecil Mrsyanie suka main petik atau main tulis-tulis dekat pokok Aloe Vera. Yelah walaupun berduri tetapi dalamnya lembut dan penuh berkhasiat. Dulu kalau melecur mesti nak cari Aloe Vera kerana ianya sejuk dan membantu mengurangkan tindakbalas melecur. Tapi sekarang dah tak perlu lagi nak cari pokok Aloe Vera kerana kini telah dipasarkan produk segera berasaskan Aloe Vera. Banyak khasiat dan kegunaannya tau.

Ho Chi Minh City | Vietnam | Day 3 | Restaurant Ah Mad Kamarudin

Assalammualaikum w.b.t

Ho Chi Minh City | Vietnam | Day 3 | Restaurant Ah Mad Kamarudin | Setelah puas melihat kraftangan yang dibuat dari kulit telur dan tiram di Handicapped Handicrafts factory, kami dibawa pula ke Củ Chi tunnels. Ianya merupakan sebuah lokasi peperangan yang bersejarah buat Vietnam dan dunia. Sebelum kita melawat lokasi sejarah, tour guide kami telah sediakan tempahan makanan untuk kami makan tengahari di sebuah restoran yang diberi nama Restorant Ah Mad Kamarudin. Kami perut kenyang dulu baru seronok nak jalan dan pelajari sejarah.hihi


Gelendangan Atau Miskin Kota?

Assalammualaikum w.b.t

Gelendangan atau Miskin Kota? | Mungkin ramai yang tidak pernah dengar istilah miskin kota? Dan Mrsyanie juga antara salah sorang yang tidak pernah tahu istilah miskin kota. Apa pula beza miskin kota dengan gelandangan? Paling mendapat perhatian di media adalah golongan gelandangan tetapi adakah korang tahu bahawa miskin kota juga perlu mendapat perhatian oleh pihak yang berwajib.


Tidak Mengecewakan Masakan Western | Pekan Station Kampung Baru

Assalammualaikum w.b.t


Tidak Mengecewakan | Pekan Station Kampung Baru | Sanggup Mrsyanie lepak Kuala Lumpur bila diajak oleh rakan blogger KBBA9 semata-mata untuk merasai sendiri keenakkan western dari Restorant Pekan Station tau. Inilah restorant pilihan food hunter Mrsyanie minggu ini, dengan bertemakan masakan barat. Nyum nyum.. 



Belon Hiasan Buat Majlis | WOW Clown & Balloon Specialist

Assalammualaikum w.b.t

Belon Hiasan Buat Majlis | WOW Clown & Balloon Specialist | Ramai yang selalu ambil mudah dalam perhiasan deko sesebuah majlis. Sebenarnya keceriaan sesebuah majlis juga diaurakan oleh perhiasan deko majlis. Cuba korang datang ke majlis perkahwinan pasti ada perhiasan tak kira di khemah atau seri pelamin itu sendiri kan. Apa kata korang buat sesuatu kelainan dalam deko sesebuah majlis dengan menggunakan belon. Ini bukan belon biasa tau!

belon gergasi, belon hiasan

IZ Hijabist | Koleksi Fesyen Muslimah Terkini

Assalammualaikum w.b.t

IZ Hijabist | Koleksi Fesyen Muslimah Terkini | Di zaman serba moden kini, setiap wanita semakin menitikberatkan soal penampilan mereka dalam apa juga situasi. Dalam bab berfesyen, wanita muslimah juga tidak mahu ketinggalan untuk tampil bergaya anggun dan menawan apabila mengenakan sesuatu busana. 

Strikes Againts Bowling Tournament KBBA9 Bersama K.Rogers Butter Cookies

Assalammualaikum w.b.t


Kita Main, Kita Makan | Kemeriahan Strikes Againts Bowling Tournament Kelab Blogger Ben Ashaari bersama K.Roger's Butter Cookies masih terasa. Jutaan terima kasih kepada penaja utama iaitu K.Roger's Butter Cookies. 

K.Rogers Butter Cookies

Tudung Raya Dari VAN LELA

Assalammualaikum w.b.t

Tudung Raya Dari VAN LELA | Lagi hampir 2 bulan kita nak menyambut bulan Ramadhan kan, sekarang dah banyak butik-butik buat promosi. Pandangan Mrsyanie persediaan awal sebenarnya bagus, mungkin ada yang kata patutnya persediaan rohani tetapi lebih baik kita buat persediaan awal dari segi pengeluaran bajet kewangan. Nak beli sekali gus memang memerlukan kewangan yang kukuh, Msryanie lebih suka beli keperluan raya awal untuk mengelakkan pengeluaran bajet sekali gus.  

Ramly Burger Mengecewakan?

Assalammualaikum w.b.t

Ramly Burger Mengecewakan? | Siapa yang tak kenal dengan nama pengeluar burger tempatan iaitu Ramli Burger. Mrsyanie kalau beli daging burger yang beku mesti akan cari jenama Ramly. Memang tak asing lagi dengan kehidupan Mrsyanie. Tetapi kenapa sekarang Ramly Burger makin diambang kejatuhan dan mengecewakan?

Menang Contest Gambar Instagram | SBB2016

Assalammualaikum w.b.t

Menang Contest Gambar Instagram | SBB2016 | Penangan SBB2016 tak habis lagi ni. Mau tak nya, dapat bersama team Denaihati Network dalam program Sepetang Bersama Blogger. Dah 5 tahun program SBB dijalankan dan ini adalah kali pertama Mrsyanie dapat hadirkan diri. Penaja tahun ini pun tak kurang hebatnya, penaja utama SBB2016 bersama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). Tambahan pula penaja hadiah cabutan bertuah pun bukan calang-calang penaja. Tetapi apakan daya, Mrsyanie kurang bertuah pada hari kejadian tapi..


Resepi Mudah Buat Anak-anak Bersama TC BOY Malaysia

Assalammualaikum w.b.t


Resepi Mudah Buat Anak-anak Bersama TC Boy Malaysia | Mrsyanie hari ni nak kongsikan dengan korang resepi mudah untuk anak-anak korang. Sangat mudah dan yang pasti sedap bersama TC Boy Malaysia. Siapa yang suka makan sardin atau tuna?


Kecewa : Filem Redha Tidak Mendapat Sambutan?

Assalammualaikum w.b.t

Kecewa : Filem Redha Tidak Mendapat Sambutan? | Kenapa filem Redha, filem tempatan kurang mendapat sambutan? Pengarah hebat Tunku Mona Riza kecewa filem Redha kurang mendapat sambutan? Adakah rakyat Malaysia kurang meminati filem tempatan? Terpikir kenapa filem Hindustan lebih mendapat sambutan berbanding dengan filem yang membawa seribu pengharapan?.


Rugi Pergi Sepetang Bersama Blogger 2016

Assalammualaikum w.b.t

Sepetang Bersama Blogger (SBB) 2016 | Inilah pertama kali Mrsyanie join SBB tau, teruja jugak sebenarnya sebab tak sabar nak jumpa dengan ramai blogger lain dan blogger-blogger ternama. Hampir-hampir tak jadi untuk hadirkan diri sebab agak kepenatan dengan minggu sukan tempat kerja. Memang badan dah longlai rasanya, tambahan demam baru nak kebah lak tu. Nasib baik ada Biobax memberikan kesegaran pada badan dan melegakan rasa lenguh.


Biobax Cool Therapy Melegakan Sakit Sendi !!

Assalammualaikum w.b.t

Biobax Cool Therapy Melegakan Sakit Sendi !! | Yeah akhirnya minggu sukan dah selesai, bukan kegembiraan je yang dapat malah badan sakit-sakit pun dapat. hihi Orang bukan jenis sukan berkala ginilah jadinya, bila minggu sukan baru lah nak latihan kan. Nasib baiklah Mrsyanie ada penyelamat yang dapat melegakan kesakitan sendi dan lenguh-lenguh. Penyelamat?

Berbasikal Aktiviti Honeymoon Yang Sihat | Hotel Oriental Star Lumut

Assalammualaikum w.b.t

Berbasikal Aktiviti Honeymoon Yang Sihat | Hotel Oriental Star Lumut | Lama dah tak berbasikal, boleh ke Mrsyanie mengayuhnya?? Trip honeymoon kali ini sangat berbeza dari trip yang selalu Mrsyanie lakukan. Kali ini lebih kepada aktiviti sihat tetapi tetap memberikan satu pengalaman indah bagi kami.

Hotel Oriental Star Lumut

10 Tugas Suami Menurut Islam

Assalammualaikum w.b.t

Sumber gambar : Safira Beauty ( google.com)


Dimana Setia Kawan?

Assalammualaikum w.b.t

Dimana Setia Kawan? | Minggu ini Mrsyanie bermula Karnival Sukan Staff, macam-macam Mrsyanie belajar. Belajar erti persabahatan, belajar erti kerjasama dalam kumpulan dan belajar jangan yakin sangat dengan kawan yang tak ada erti kawan. 


Pakej Honeymoon Bajet | Hotel Oriental Star Lumut

Assalammualaikum w.b.t

Pakej Honeymoon Bajet | Hotel Oriental Star Lumut | Sabtu yang lepas Mrsyanie bercuti ke Lumut sempena hari jadi Mrlaling. Bagi dia berehat kejap menikmati pemandangan laut, yelah asyik kerja je kan. Kenapa Lumut? Mrlaling yang pilih untuk bercuti ke Lumut, Mrsyanie ikutkan je janji dia seronok. Teringat kembali kami honeymoon pertama di Pangkor. Memang satu pengalaman menarik sewaktu kami honeymoon, siap menangis lagi hahaa..


Mat Periuk Ipoh Perak

Assalammualaikum w.b.t


Mat Periuk Ipoh Perak | Sebut sahaja cafe Mat Periuk Ipoh mesti ramai yang dah kenal kan? Antara cafe ala hipster yang terkenal di Ipoh dan beberapa orang artis pun pernah singgah cafe Mat Periuk. Mrsyanie dengar je cafe menarik memang tak lepaskan peluang untuk mencuba, menyeramkan kalau Mrsyanie tak terjah cafe menarik di Ipoh. Kata 'food hunter' kan, hunter lah sangat. Badan dah makin naik ni, alamak...


Rawatan Sakit Pinggang Bersama Yusmizee Naturopathic Centre

Assalammualaikum w.b.t


Rawatan Sakit Pinggang Bersama Yusmizee Naturopathic Centre | Naturopathic atau dalam bahasa Melayu nya Naturopati merupakan salah satu altelnatif perubatan selain dari perubatan moden. Masih ingat tak entry Mrsyanie yang lepas mengenai NATUROPATI?


 Yusmizee Naturopathic Centre
sumber gambar: google.com

Sekarang Kawan Sabtu Lawan

Assalammualaikum w.b.t

Sekarang Kawan Sabtu Lawan | Apa ni?? Sebenarnya bermula sabtu ini, tempat kerja Mrsyanie dan Mrlaling akan berlangsung Sukan Kakitangan antara jabatan. Mrsyanie dan Mrlaling dalam jabatan kerja yang berbeza jadinya di pejabat terpaksalah kami berlawan untuk mengejar misi masing-masing bermula sabtu ini selama seminggu.

Nasi Ketuk dengan Shell Collaboration | Koboy D'Rimba Cafe

Assalammualaikum w.b.t

Nasi Ketuk dengan Shell Collaboration | Koboy D'Rimba Cafe | Ingin dekat Kuala Lumpuer dan Selangor je yang femes dengan shell out ni. Rupanya dekat Ipoh, Perak pun ada. Teruja jugak lah Mrsyanie nak mencubanya. Sedap ke tak ye?


Kejutan Awal Menjadi?

Assalammualaikum w.b.t



Kejutan Awal Selamat Hari Jadi | Alhamdulillah perancangan untuk buat kejutan Mrlaling menjadi. Walaupun agak ringkas tapi sangat seronok dapat gembirakan Mrlaling tau. Mulanya Mrsyanie nak buat pada 31 Mac pada hari jadi Mrlaling tapi kami plan nak bercuti. Kenalah Mrsyanie rancang semula. Macam mana nak bagi kejutan ni?

Akhirnya Mrsyanie ambil keputusan buat pada 30 Mac yang lepas, sehari sebelum birthday Mrlaling. Ini memang planning last minit punya, hari rabu Mrsyanie cuba dapatkan nombor telefon kawan Mrlaling. Yelah nak kena ada dalang nye cewah hihi.. Bab perjalanan kejutan dah selesai deal, makan pula? Nak beli kek atau nak buat makan-makan pagi. Errmm sebab last minit, tak sempat nak tempah kek dah, jadinya planning dengan Mak Mrsyanie untuk buat makan pagi. Nasib baik lah Mak dekat kan, Terima kasih Mak, sayang Mak sangat.

Menu yang dirancang hanyalah Pulut kuning bersama Rendang Ayam, tapi tak akan makan tu je. Mak kata kita buat bihun goreng, sebab buat makan pagi. Ok set dengan Mak, Balik kerja terus pergi beli barang. Tepat jam 5.00 petang keluar pejabat terus singgah kedai, yelah petang itu ada sukan pulak. Janji nak pergi dengan Mrlaling, kenalah buat dengan pantas kang ditanya kenapa balik lambat pulak. hihi. 


Kejutan Awal Selamat Hari Jadi Mrlaling 


Pada hari kejadian, 30 Mac, Mrsyanie tunggu je panggilan kawan Mrlaling. Lebih kurang jam 8.30 pagi tu kawan Mrlaling telefon. Cepat-cepat balik rumah Mak untuk standbykan makanan. Sampai je pejabat Mrlaling, kami dah siap planning nak pasang lagu selamat hari jadi bagai. Nasib baik lah kawan Mrlaling memang sempoi dan sangat membantu. Siap kawan-kawan Mrlaling kata ada meeting boss nak jumpa semua di pejabat atas. Planning terbaik diorang ni. 

Nah kasi video birthday boy terkejut hihi

'Jemputan ke Majlis Pertunangan Yaya dan Anis'

Assalammualaikum w.b.t

'Jemputan ke Majlis Pertunangan Yaya dan Anis'  | Alhamdulillah lagi 3 bulan adik blogger Yaya Cendana bakal menjadi tunangan orang. Gembira dengar perkhabaran baik ini. Mrsyanie doakan moga majlis akan berjalan dengan lancar dan hubungan akan terus ke gerbang perkahwinan dan akhir hayat. 

MnM Homestay Batu Pahat Johor

Assalammualaikum w.b.t


MnM Homestay Batu Pahat |  Korang ingat tak percutian Mrsyanie ke Legoland Resort Malaysia yang lepas bersama Kelab Blogger Ben Ashaari? Kalau lupa klik LEGOLAND® Malaysia . Lepas dah berjimba sakan mandi manada di Legoland, bersiap lah nak balik. Tapi masing-masing dah penat, mana nak rehat ni. Akhirnya kami tidur semalam di MnM Homestay Batu Pahat, Johor.


Johor

KY Kassim Yaacob Restaurant

Assalammualaikum w.b.t

KY Kassim Yaacob Restaurant | Kali ini Mrsyanie nak kongsikan dengan korang restaurant yang tak jauh dari Tanjung Malim, yelah asyik ke Kuala Lumpur je kan. Kali ini Mrsyanie buat terjahan ke lokasi yang terletak di Slim River Perak. Siapa pernah datang Slim River? Rugi korang yang tak pernah datang Slim River sebab dah masuk TV tau, alah kisah Kilang Roti Mokhtar. Pembakaran rotinya dengan menggunakan kayu api. Ha ianya terletak di Slim River tau, fuh semua tempat makan best kat Slim River je ni hihih

SLIM RIVER, PERAK

Mini Cameron Highlands Garden Pahang

Assalammualaikum w.b.t

Mini Cameron Highlands Garden | Percutian Ke Pahang | Percutian kali ini ke Pahang bersama keluarga untuk ke Majlis Perkahwinan sedara Mrsyanie. Lama jugak tak pergi umah makcik kat Pahang, jadi Mrsyanie tidak lepaskan peluang untuk turut serta bersama keluarga. Perjalanan kami dari Tanjung Malim melalui Genting ikut Batang Kali, Selangor.

Pahang

Anugerah Untuk Blogger 2016? APO?

Assalammualaikum w.b.t

Anugerah Untuk Blogger? APO | APO adalah singkatan dari Anugerah Pilihan Online 2016 dianjurkan bersama oleh mStar Online dan Suria FM.  APO 2016 telah mencalonkan 18 kategori. Hanya 17 kategori sahaja yang mempunyai undian awal, paling menarik bila salah satu kategori yang dijalankan adalah kategori Blog Pilihan Online. Bangga tau bila ada anugerah blog ni, jadi lebih semangat untuk berblog tau.


Giveaway Blogger Utara Bernilai RM500

Assalammualaikum w.b.t

Giveaway Blogger Utara Bernilai RM500 | Blogger Utara adalah satu komuniti yang mengumpulkan blogger yang berada di utara semenanjung seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Ahli Blogger Utara terkini adalah seramai 20 blogger. 

FANPAGE

back off