Hong Kong Macau Trip | Part 1 | Macau | Terminal Ferry China

Assalammualaikum w.b.t

Macau Trip | Part 1 | Sambungan dari part HK tau..hihih kalu datang HK tak sah kalu tak singgah melancong ke MACAU. Tidak jauh jugak dari HK, hanya naik ferry lebih kurang 1-1.jam 45 minit sahaja. Dari Hotel kami hanya berjalan kaki ke Terminal Ferry HK, perjalanan kaki mengambil masa 15-30 minit. tapi .......


ehhh??? Naper muka tu....???


Tidak lah sampai 30 minit hihih.. Tapi kami banyak singgah untuk mengambil gambar dan ada sket sesat (silap terminal plak). Ingat tau bukan terminal Cruise.  Terminal Ferry China adalah terminal untuk ke Macau ye.. Dari lokasi hotel kami perlu mencari jalan Canton Road untuk ke Terminal Ferry China.



Semapt bergambarkan.. Di Canton Road terdapat pelbagai butik yang femes-femes seperti Louis, Boss, Channel dan macam-macam lagi lah..Fuh rambang mata tengok tapi hanya mampu tengok jelah kan..hihi





Kami agak terlepas jugak lah dari entrance terminal. Kmai bayangkan macam terminal di Malaysia atau seperti terminal Cruise, boleh nampak ferry terus. Rupanya kena masuk dalam bangunan yang terdapat juga shopping mall. Jangan risau korang kena perhatikan setiap bangunan ye. Ada tertera China Ferry terminal, tapi kami asyik sangat ambil gambar sampai terlepas. Jauh jugak kami jalan kami ke hadapan selepas terminal. Tak kisah janji jumpa huhuh...



Masuk je dalam dah ada ulat-ulat menunggu untuk pembelian tiket. Ingat jangan beli lagi ye, sebab penjualan tiket yang diorang bagi harganya agak mahal (memang mahal lah hihi) tak kuasa mak tau.. Nasib baik lah cousin dah siap google harga tiket ke Macau. Kami terus cari kaunter tiket penjualan yang sah. Dah siap google antara ferry company yang agak murah adalah Turbo Jet.  Harga yang ditawarkan lebih murah berbanding ulat-ulat tiket. Harga tiket HKD 164.









Fuh lega tak kena tinggal. Hanya dalam 10 minit ferry akan berlayar...fuhhhh.... Nasib tak kena tinggal.. berlari kami ala-ala cerita Running Man tu.. hihi.. Alhamdulillah dapat jugak naik ferry jam 12pm yang sangat selesa dan siap ada jualan makan dan minum dalamnya. 




 Ferry Turbo Jet
Harga tiket HKD 164
(beli siap pergi balik = HKD 328)


**sambung Macau | PART 2


Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

Labels: , ,